Tarikan Go Shop Ramadan, Raya

go shop
May 17, 2020
Izyan Liyana

BERBICARA perihal Ramadan dan Syawal, tentunya fikiran pantas membayangkan kemeriahan bazar yang menawarkan variasi produk. Daripada juadah menyelerakan, busana lebaran dan aksesori hinggalah item dekorasi kediaman, semuanya ada dijual pada harga berpatutan.

Jika bijak tawar-menawar, maka penggguna berpeluang mendapat harga yang jauh lebih rendah. Bagaimanapun, keseronokan mencuci mata di bazar terpaksa dihentikan seketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Justeru, memahami kelaziman masyarakat yang wajib ke bazar, program beli-belah popular Go Shop mewujudkan saluran Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas di saluran 111 pada 24 April lalu.

Menurut pengacara Go Shop, Raianna A Rahman, biarpun tidak berpeluang membeli barangan di bazar sebenar, orang ramai masih boleh mendapatkan produk pilihan menerusi saluran khas terbabit.

“Saluran Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas (saluran 111) bukan sahaja menawarkan seleksi barangan menarik, bahkan platform baharu ini membuatkan pelanggan selesa membeli-belah tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.

“Pengguna hanya perlu menonton slot rancangan lalu segera menghubungi nombor talian yang tertera untuk membeli produk ditawarkan. Mudah bukan?“ katanya mengenai kempen Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas kepada SinarPlus baru-baru ini.

Saluran bersiaran 24 jam sehari tersebut menawarkan slot yang menjual rangkaian produk Go Shop seperti fesyen, telekung, hijab, set kosmetik, perkakasan rumah, peralatan dapur dan produk Islamik.

go shop
GO SHOP Ramadan & Raya Edisi Khas (saluran 111) menawarkan seleksi barangan menarik pada harga istimewa.

Slot berkenaan terdiri daripada program Assalamualaikum Ramadan, Syukur Ramadan, Dapur Selebriti, Stail TV, Go Shop Express dan Diari Rumah.

“Penonton bukan sahaja berpeluang membeli produk terbaik yang Go Shop tawarkan, malah memperoleh tip penambahbaikan rumah dan trend fesyen popular.

“Pada masa sama, mempelajari resipi istimewa perkongsian cef selebriti seperti Cef Wan, Cef Florence Tan dan Cef Dr Kamarul,“ ujar beliau lanjut.

Bertambah menarik, Go Shop juga melancarkan permainan dalam aplikasi Go Shop Beraya Game untuk pelanggan memenangi kupon bernilai RM45,000 sehingga 3 Jun 2020. Pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Go Shop, klik pada ikon Go Shop Beraya Game untuk memenangi kupon.

ANEKDOT

– Saluran Go Shop menawarkan program Assalamualaikum Ramadan, Syukur Ramadan, Dapur Selebriti, Stail TV, Go Shop Express dan Diari Rumah.

– Antara jenama produk ditawarkan ialah Shogun Chef Wan, Vantage Siti 3 in 1 Cookware Set dan Vantage Siti Jumbo Pot.

– Pelanggan berpeluang membeli secara online menerusi laman web www.goshop.com.my atau menggunakan aplikasi Go Shop yang boleh dimuat turun daripada Google Play atau App Store.

– Selain itu, Go Shop juga melancarkan permainan dalam aplikasi Go Shop Beraya Game yang menawarkan hadiah kupon bernilai RM45,000 sehingga 3 Jun 2020.

– Pelanggan boleh menonton Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas di saluran 111 dan Go Shop RUUMA (118) serta Go Shop GAAYA (120).

 

About Izyan Liyana

Biodata Penulis