FILEM bertaraf global yang memaparkan kisah sisi gelap dunia politik semasa berjudul Daulat bakal ditayangkan secara eksklusif dan percuma di iflix bermula 6 April (hari ini).

Filem arahan Imran Sheik yang bertemakan political thriller itu dibintangi barisan pelakon hebat yang terdiri daripada seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne, Jasmine Suraya dan Zul Zamir.

Menurut Imran, trailer filem Daulat sebelum ini pernah tular dan mendapat maklum balas positif daripada warganet yang kebanyakan adalah peminat tegar filem tempatan.

“Memandangkan iflix adalah salah satu platform penstriman yang berjaya mengangkat industri filem dan drama tempatan di Malaysia, kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia yang sedang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menonton filem Daulat bermula 6 April secara eksklusif dan percuma di iflix.

“Diharapkan menerusi filem Daulat ini, penonton akan menjadi lebih terbuka dan matang untuk menilai sendiri setiap tanggungjawab yang perlu dipikul ahli-ahli politik yang sering menjadi cerita sensasi di laman sosial.

Iklan

“Kami turut berbangga kerana menjadi salah satu produksi yang menayangkan hasil filem tempatan secara percuma buat rakyat Malaysia menerusi platfom iflix,” katanya.

Iklan

Filem terbitan Lacuna Pictures itu boleh ditonton di iflix menerusi https://www.iflix.com/my/en/title/movie/278571.