ACER baru-baru ini memperluaskan portfolio acerpure dengan memperkenalkan dua model vakum tanpa wayar serba baharu.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, acerpure clean V1 dan acerpure clean V1 Lite direka khas untuk kerja pembersihan di setiap ruang rumah atau pejabat.

Acerpure clean V1 dengan berat hanya 1.5 kilogram termasuk bateri itu mempunyai kuasa sedutan 23,000 Pa. Ia dilengkapi dengan aksesori tambahan untuk membersihkan setiap sudut dengan mudah.

“Pada masa sama, fitur tersebut hadir dengan teknologi siklon dan penapis lima peringkat yang mampu memerangkap habuk sekecil 0.3 mikron tanpa mengurangkan tekanan sedutan,” katanya.

ACER VAKUM

Berikut spesifikasi acerpure clean V1:

  • Pembersihan lebih baik dengan motor cekap tenaga bebas di dalam berus roller yang dilengkapi teknologi bebas rambut.
  • Tampil dengan berus dua dalam satu untuk menyedut habuk pada permukaan langsir, tingkap, meja dan kipas selain ruang sempit.

Baca juga Hanya seberat 1.17 kilogram, Acer Swift Edge komputer riba paling ringan di dunia

ACER VAKUM

  • Lengkap dengan tiga mod iaitu harian, turbo dan penjimatan tenaga untuk menyingkirkan 99.9 peratus hama.

Selain itu, ciri yang diperkenalkan acerpure clean V1 Lite tidak kurang hebatnya.

ACER VAKUM

Berikut info menarik acerpure clean V1 Lite:

i) Berus bersudut yang direka khas untuk membersihkan sudut, manakala berus dua dalam satu menjadikan kerja penyedutan habuk lebih pantas.

ii) Memiliki kuasa sedutan 13,000 Pa.

Iklan

Baca juga Penuhi kehendak ramai, Acer Swift 5 tampil lebih ringan, nipis, rekaan kontemporari dan berkuasa tinggi

ACER VAKUM

iii) Dengan skala hanya 550 gram, ia mempunyai pangkalan storan moden dan boleh mengecas dengan mudah menggunakan pengecas USB jenis C.

Harga ditawarkan untuk acerpure clean V1 bermula RM1,299, manakala acerpure clean V1 Lite RM599.

Iklan

ACER VAKUM

Pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai rasmi Acer Malaysia di Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, layari https://store.acer.com/en-my/promotion/acerpure-vacuum atau Facebook Acer Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi