TEKNOLOGI yang semakin maju membuatkan ramai pengeluar telefon pintar dunia berusaha untuk menghasil fitur baharu yang lebih berbaloi pada harga mampu milik.

Bukan sahaja memiliki kelebihan spesifikasi yang lebih bagus, bahkan harga yang ditawarkan berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Lebih menarik, jenama peranti yang ditawarkan juga dijual pada harga di bawah RM1,000!

Wah, memang kena dengan bajet emak-emak sebagai pilihan telefon pintar baharu untuk kegunaan sendiri atau keperluan anak di sekolah.

telefon pintar

Penawaran gajet mampu milik bukan sahaja membuatkan pengguna teruja, bahkan membuktikan keprihatinan pengeluar yang memahami kehendak pengguna.

Berikut lima opsyen telefon pintar yang dikongsikan SLPR Worldwide Group pada harga bajet:

telefon pintar

1. HUAWEI nova Y90

  • Siri baharu yang dilancarkan untuk varian nova Y antara yang sering disebut-sebut ramai.
  • Selain memiliki reka bentuk lebih elegan, peranti tersebut menggabungkan teknologi dan fesyen terkini dengan ciri skrin besar, jangka hayar lebih tahan lama dan storan yang luas.
  • Modul kamera yang diinspirasikan oleh desain Space Ring HUAWEI yang melambangkan elemen sci-fi.
  • Harga ditawarkan RM999.

Baca juga HUAWEI nova Y90 dilengkapi AppGallery dengan ciri tambahan. Menariknya ada ‘pembantu’ bernama Sophia!

telefon pintar

2. OPPO A76

  • Antara model flagship yang menonjolkan siri A dengan versi yang dipertingkatkan.
  • Memiliki skrin besar bersaiz 6.56 inci yang mampu berfungsi dengan baik walaupun cahaya terik.
  • Reka bentuk yang lebih mewah dan mesra pengguna dengan pengimbas cap jari pada sisi bawah peranti.
  • Harga ditawarkan RM889.

Baca juga OPPO perkenalkan telefon pintar boleh lipat pertama, ini spesifikasi canggih yang perlu ambil tahu

telefon pintar

3. Redmi Note 11S

  • Antara pilihan terbaik untuk kamera harian serba boleh.
  • Ciri kamera 108 mega piksel menggunakan sensor HM2 Samsung untuk menghasilkan imej cantik untuk TikTok atau Reels.
  • Konfigurasi empat kamera, paparan kadar refresh 90 Hz dan skrin FHD+ AMOLED 6.43 inci.
  • Harga bermula RM899.

Baca juga Bukan satu, tetapi empat model baharu Redmi Note 11 buat peminat. Ciri canggih dan harga mampu milik

telefon pintar

4. Vivo Y33s 4G

  • Meskipun mempunyai gaya yang sama dengan Vivo X60, tetapi ia lebih menonjol dengan resolusi HD+ yang jelas dan bezel nipis.
  • Dilengkapi salah satu chipset Mediatek Helio G80 yang terbaharu sekali gus memberikan pengalaman yang lancar dan pantas.
  • Selain chipset yang mantap, ia juga memiliki jumlah memori akses rawak (RAM) yang banyak.
  • Harga bermula RM789.

Baca juga Hebat! Vivo Siri X60 lebih canggih dengan teknologi ZEISS, gambar persis jurukamera profesional

telefon pintar

5. Samsung A23 4G

  • Sudah tentunya siri Samsung A yang konsisten menjadikan jenama itu pilihan ramai sejak diperkenalkan di Malaysia.
  • Samsung A23 4G diyakini kerana kelebihan reka bentuk yang memenuhi keperluan sama ada merakam imej dengan kamera utama 50MP atau mampu membuat panggilan video kerja
  • Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 680 yang mampu mengendalikan pelbagai permainan mudah alih terkenal seperti Genshin Impact, Mobile Legend Bang Bang, Player Unknown Battle Ground (PUBG) dan banyak lagi.
  • Harga bermula RM759.

Baca juga 10 jenama telefon pintar paling popular digunakan penduduk dunia sepanjang tahun 2020

telefon pintar

Mungkin tidak semua orang memiliki cita rasa sama, tetapi yang penting harga yang ditawarkan masih dalam bajet.

Jadi mana satu pilihan kalian? Tepuk dada, tanya selera.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, setiap peranti mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada tahap penggunaan masing-masing. Betul tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan