LEBIH premium dan super canggih. Begitulah respons pantas kebanyakan kaki gajet terhadap jenama terbaharu, HONOR Magic3 yang sudah menembusi pasaran China baru-baru ini.

Masakan tidak, ciri luar biasa yang ditonjolkan fitur baharu tersebut membuatkan ramai tidak sabar untuk menunggu HONOR Magic3 tiba di pasaran setempat.

Varian terbaharu lebih canggih itu dikatakan menjadi telefon pintar flagship yang menawarkan teknologi sofistikated dengan ciri fotografi dan videografi lebih premium.

HONOR Magic 3

Ciri lebih keterhadapan itu boleh diterjemahkan sebagai beyond epic.

HONOR dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya komited untuk menjadi jenama ikonik global dengan membangunkan teknologi yang mampu memberi kehidupan pintar kepada orang ramai.

“HONOR turut berdedikasi memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan sekali gus membangunkan teknologi yang menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan,” kata HONOR.

Telefon pintar tersebut hadir dengan dua pilihan rona istimewa iaitu golden hour dan blue hour.

Sementara itu, HONOR Magic3 Pro didatangkan dengan warna golden hour, hitam dan putih, manakala HONOR Magic3 Pro+ pula boleh ditempah dengan rona ceramic black dan ceramic white sekali gus memberi sentuhan klasik.

Apa yang menarik mengenai HONOR Magic3 itu?

Berikut ada tujuh fakta menarik yang wajib dibaca sebelum menempah gajet canggih tersebut.

Iklan

HONOR Magic 3

1. Paparan melengkung super 89°.

  • Fitur baharu itu didatangkan dengan paparan melengkung super 89° bersama bezel ultra nipis selain memaparkan 1.07 bilion warna dan menyokong persijilan HDR10+.
  • Menariknya, siri HONOR Magic3 Pro+ diberi sentuhan perlindungan super kristal nano melengkung dan rangka seramik nano.

HONOR Magic 3

Jangan lupa follow kami di Instagram!

2. Revolusi fotografi.

  • Ciri inilah yang ditunggu-tunggu. Kecanggihan kamera Honor yang mampu mencapai tahap tertinggi dengan enjin imej tersendiri yang diperkasakan dengan kecerdasan buatan (AI).
  • Bagi HONOR Magic3 Pro+, ia dilengkapi empat kamera iaitu kamera monokrom 64MP, kamera sudut lebar 50MP, kamera sudut lebar ultra 64MP 126° dan kamera telefoto periskop 64MP sekali gus membuatkan hasil rakaman seolah-olah ‘hidup’.
  • Dengan ciri autofokus Full Pixel Octa Phase Detection, rakaman objek bergerak dapat ‘ditangkap’ dengan cepat, tepat dan jelas tanpa perlu menggunakan penstabil atau tripod. Hebat bukan?

HONOR Magic 3

3. Pengaturan filem AI.

  • Siri HONOR Magic3 turut mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai telefon pintar pertama dunia dengan IMAX Enhanced.
  • Menariknya, teknologi itu dilengkapi sistem rakaman Magic-Log dan 3D LUT sinematik (LUT) yang biasa digunakan golongan profesional untuk merakam filem.
  • Bukan itu saja, siri ini turut dimuatkan tiga mikrofon omni-directional untuk memberi tangkapan audio jelas.

HONOR Magic 3

4. Chipset Snapdragon 888 Plus.

  • Selain itu, siri HONOR Magic3 turut menjadi kumpulan telefon pintar pertama yang dikuasakan Snapdragon 888 Plus 5G.
  • Dengan ciri mengagumkan dalam menghasilkan foto dan video tersebut, HONOR Magic3 juga hadir dengan teknologi grafik GPU Turbo X yang mampu memberi prestasi lebih lancar.

5. Teknologi Superconductive Hexagonal Graphene.

  • Siri HONOR Magic3 juga menggunakan teknologi Graphene Hexagonal Superconductive pertama di dunia bagi mengimbangi penggunaan tenaga, haba seterusnya mempamerkan prestasi memberangsangkan.

HONOR Magic 3

6. Pautan muat turun terpantas.

  • Dengan LINK Turbo X, teknologi canggih yang dibangunkan siri HONOR Magic3 mampu memuat turun maksimum 6.1Gbps, sekali gus mencatatkan kelajuan terpantas varian telefon pintar sedia ada.

7. Jangka hayat bateri ultra.

  • Bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai kapasiti bateri, siri canggih itu didatangkan dengan 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W atau 50W.

Wow! Hebat bukan? Harganya pun boleh tahan juga.

Bermula pada harga ¥4,599 (RM3,006.02) untuk HONOR Magic3 manakala untuk HONOR Magic3 Pro bernilai ¥5,999 hingga ¥6,799 (RM3,921.10 hingga RM4,444).

HONOR Magic 3

Iklan

Untuk HONOR Magic3 Pro+ yang lebih premium, harga ditawarkan pada ¥7,999 (RM5,228.35).

Apa yang pasti, ciri-ciri canggih yang dikongsikan memang menjadi idaman kaki TikTok, vlogger atau Youtuber kerana dengan hanya satu gajet, mereka mampu menampilkan skil merakam untuk karya yang memukau.

Meskipun belum memasuki pasaran setempat, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Facebook rasmi, HONOR Malaysia di https://www.facebook.com/HonorMY.