PENGGORENG udara atau airfryer semakin menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat.

Disebabkan permintaan yang semakin tinggi, jenama gajet dapur terkenal di Amerika Syarikat, Ninja Kitchen memperkenalkan Ninja Foodi Smart Grill yang dinaik taraf.

Bukan sahaja boleh memanggang, gajet tersebut itu juga melaksanakan proses menyalai, membakar, memanas, merangup dan mengeringkan makanan.

Ninja Kitchen dalam satu kenyataan menyebut, inovasi terbaharu itu juga dilengkapi dengan teknologi pemanggang cyclonic.

Airfryer Ninja Kitchen

“Teknologi tersebut mengawal suhu dengan tepat untuk sesuatu masakan. Selain itu, sistem pintar dengan empat tetapan membolehkan pengguna memilih sembilan tahap kematangan hidangan mengikut selera masing-masing dengan hanya satu butang sahaja,” kata jenama tersebut.

Baca juga Guna air fryer masak kuih mudah dan cepat. Churros, kuih bakar gerenti sedap

Selain itu, peranti yang mempunyai saiz yang lebih besar itu juga boleh memuatkan enam stik daging pada satu-satu masa.

Airfryer Ninja Kitchen

Iklan

“Paling penting, ia mudah dibersihkan dengan lapisan seramik bebas bahan kimia dan selamat digunakan di dalam mesin membasuh pinggan mangkuk,” kata jenama itu lagi.

Baca juga Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer

Untuk maklumat lanjut, layari www.ninjakitchen.com. Pembelian boleh dilakukan menerusi www.amazon.com pada harga bermula RM973.

Iklan

Airfryer Ninja Kitchen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi