WOW! Memang canggih model terbaharu iPhone yang didatangkan dengan dua varian iaitu iPhone 12 dan iPhone 12 Pro.

Sudah pasti penantian peminat jenama iPhone untuk melihat model terbaharu yang ditunggu-tunggu selama ini berakhir apabila fitur baharu itu dilancarkan secara maya baru-baru ini.

Nampaknya iPhone terkini ini lebih mengancam dan sofistikated apabila didatangkan dengan teknologi yang bukan calang-calang ya! Teknologi LiDar Scanner yang buat pertama kalinya dalam sejarah iPhone.

iPhone 12

Apa sebenarnya pengimbas LiDar itu? Teknologi tersebut dikatakan berupaya untuk mengukur berapa lama cahaya diperlukan untuk memantulkan kembali daripada objek bahkan boleh membuat peta kedalaman apa sahaja ruang yang anda berada.

iPhone 12

Boleh dikatakan aplikasi AR itu sangat pantas dan tepat sehingga boleh mengubah ruangan menjadi hutan hujan yang realistik. Tidak percaya? Cubalah lihat video yang disertakan dalam apple.com.

Artikal berkaitan:  [VIDEO] Reka bentuk iPhone 12 terdedah! Pelancaran mungkin ditunda

Untuk perincian lebih lanjut, jom kita lihat spesifikasi canggih lain yang boleh membuatkan geng iPhone tidak sabar untuk grab dua model ini!

iPhone 12

iPhone 12

iPhone 12

iPhone 12

iPhone 12

iPhone 12 Pro

iPhone 12 pro

iPhone 12 pro

iPhone 12 pro

iPhone 12 pro

Bentuk mini pun comel juga. Nampak kecil tetapi padat dengan teknologi canggih. Harganya pula pun boleh tahan.

iPhone 12 mini dijual pada harga bermula RM 3,399 dan iPhone 12 pula bermula pada harga RM3,899.

Ada lima pilihan warna dinamik untuk iPhone 12 dan bagi sesiapa yang memilih warna merah, boleh menyumbang kepada dana global membendung wabak Covid-19.

iPhone 12

iPhone 12

Untuk iPhone 12 Pro, harga bermula RM 4,899 manakala iPhone 12 Pro Max, harga bermula RM 5,299.

Sambil membeli, sambil menyumbang. Duit habis tetapi pahala pun dapat. 😆