MEREKA yang berdepan masalah kemurungan, depresi atau gangguan kesihatan mental, Talkspace boleh dijadikan platform terbaik untuk berkongsi masalah yang selama ini dipendam sendirian.

Barisan pakar bertauliah boleh membantu mendengar dan menyelesaikan isu yang dialami pengguna meskipun secara maya.

Bermula daripada soal selidik untuk mengkaji kecenderungan pengguna, aplikasi berbayar tersebut boleh menyenaraikan ahli terapi yang bersesuaian.

talkspace

Baca juga Beli-belah di hujung jari sahaja. Berikut 7 aplikasi menarik yang boleh dimuat turun secara percuma

Malah, kalian dibenarkan memilih mana-mana individu yang dirasakan bersesuaian untuk meluahkan rasa melalui bilik terapi maya yang disediakan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer peribadi.

Paling penting, butiran keselamatan diri dilindungi sejajar dengan polisi Health Insurance Portability and Accountability Act.

Iklan

talkspace

Aplikasi yang sudah dimuat turun lebih 500,000 seluruh dunia itu boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan