APPLE sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila memperkenalkan inovasi baharu dalam perisian, teknologi dan ciri sistem operasi yang memang nampak power!

Pengumuman tersebut dibuat sempena Persidangan Pengaturcara Sedunia 2022 (Worldwide Developers Conference 2022) yang berlangsung di Apple Park, Cupertino California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Apa yang menarik, jenama terkemuka tersebut memperkenalkan cip second-gen Apple Silicon, M2 untuk keluaran MacBook Air terbaharu.

Apple

Lapor apple.com, kepintaran cip tersebut membolehkan proses editing Cut Pro lebih pantas 40 peratus berbanding varian terdahulu.

Keupayaan bateri mampu bertahan hingga 18 jam untuk proses playback video dengan pilihan pengecas adapter 67w yang boleh dicaj hingga 50 peratus dalam tempoh 30 minit.

Apa yang pasti, cip yang dibangunkan dengan teknologi Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) 5 nanometer itu lebih keterhadapan dengan 20 bilion transistor iaitu 25 peratus lebih berkuasa berbanding M1.

Berikut perincian lain yang turut diumumkan Apple:

Apple

1. Sistem operasi iOS 16

  • Versi lebih canggih dengan ciri peribadi dipertingkatkan dengan kecerdasan buatan (AI) lebih mendalam.
  • Kekunci skrin yang ditambah baik dan hanya mempamerkan foto kegemaran, gaya dan paparan set widget dengan lebih pantas.
  • Pengguna boleh mencipta kunci skrin yang berbeza hanya menggunakan latar belakang unik.
  • Tapis konten yang mengganggu dengan Focus Filters.

Baca juga APPLE lancar tiga model jam baharu lebih tahan lasak dengan fungsi pintar menyakinkan

Apple

2. MacBook Air

  • Hanya seberat 1.24 kilogram dengan ketebalan 1.13 sentimeter.
  • Didatangkan dengan empat rona dinamik iaitu Midnight, Space Grey, Silver dan Starlight.
  • Dibangunkan tanpa kipas dalaman sekali gus mengurang bunyi bising.
  • Tahap keselamatan lebih keterhadapan dengan sistem Apple silicon and macOS.

Baca juga Tip terbaik untuk peminat Apple yang membeli iPhone terpakai. Kenali set retail dan refurbished

Apple

Iklan

3. MacOS Ventura

  • Menambah baik fungsi carian dalam akaun emel selain mengesan foto, nota atau laman web dengan aplikasi Spotlight.
  • Ciri Passkeys memperkenalkan kaedah lebih selamat dan mudah untuk daftar masuk.
  • Selain ciri Safari yang dipertingkatkan, Apple turut memperkenalkan cara pintar berkongsi, sunting dan sync gambar di mana sahaja.

Apple

4. iPadOS 16

  • Aplikasi sistem yang dipertingkatkan lebih produktif, mudah disesuaikan dan berkebolehan.
  • Ciri iCloud Shared Photo Library membolehkan foto disimpan dalam folder khas dan boleh dikongsi dengan selamat.
  • Ciri mesej yang boleh disunting semula walaupun sudah dihantar atau klik mesej sebagai belum dibaca untuk respon lewat.

Baca juga Apple teruskan anjakan baharu dengan pembikinan kereta elektrik menjelang 2024, macam-macam reaksi diterima..

Apple

Iklan

5. WatchOS 9

  • Lebih mesra pengguna untuk aktiviti senaman dengan ciri Digital Crown untuk melihat data degupan jantung, larian, jarak, ketinggian atau kitaran aktiviti harian.
  • Boleh bertukar mod sama ada aktiviti berenang, berlari atau berbasikal.
  • Tambah baik rumusan aktiviti senaman atau peringatan untuk rutin ubat atau mengesan trek tidur dengan lebih berkesan.
  • Ciri paparan unik seperti Metropolitan untuk menyesuaikan mod analog atau digital, Playtime (paparan seni Joi Fulton) atau Astronomy (latar belakang muka bumi) atau Portraits untuk skrin foto peribadi.

Apple

Hmmm…Memang nampak hebat kan? Pengguna Apple mesti tak sabar nak dapatkan.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI