LEBIH jimat bahan api dan bertenaga. Volvo Car Malaysia baru-baru ini memperkenalkan XC40 B5 Ultimate sebagai model hibrid paling mampan menjelang tahun depan.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, pihaknya memahami konsep elektrifikasi perlu lebih meluas dalam usaha untuk mengajak orang ramai hidup dalam dunia lebih lestari.

“Mereka perlu membiasakan diri dengan konsep tersebut sekali gus mendorong kami untuk memperkenalkan versi XC40 B5 Ultimate yang dikemas kini.

“Inovasi terbaharu tersebut menjadi sebagai satu batu loncatan untuk para pengguna yang merancang menjalani gaya hidup lebih mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Frump menambah, jentera berkenaan menggabungkan sistem brek tenaga kinetik dengan enjin pembakaran dalaman sedia ada untuk rangkaian kuasa elektrik bersepadu, seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api.

volvo elektrifikasi

Berikut perincian XC40 B5 Ultimate:

i) Tampil dengan enjin 4 silinder yang dilengkapi pengecas turbo dan dipacukan transmisi automatik 8 kelajuan dengan Geartronic, yang menghasilkan tork sebanyak 263hp dan 390Nm.
ii) Pilihan warna luaran baharu Fjord Blue.

volvo elektrifikasiiii) Sistem Bunyi Premium Harman Kardon.
iv) Kamera Pandangan Keliling 360 darjah.
v) Sistem infotainment yang dikuasakan Android dengan perkhidmatan Google terbina
dalam.
vi) Remote Air Purifier PM2.5 prapembersihan.

Baca juga Volvo V60 Recharge T8 yang lebih versatil dengan fungsi dinamik, sesuai untuk gaya hidup moden

volvo elektrifikasi

XC40 B5 Ultimate bagi model facelift 2023 ditawarkan pada harga bermula RM268,888.

Sementara itu, bagi mengukuhkan portfolio kereta elektrik di negara ini, jenama terkemuka tersebut turut melancarkan model SUV elektrik pertama, Volvo C40 Recharge Pure Electric baru-baru ini.

Baca juga Volvo lancar kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh, memang canggih dengan tujuh ciri terbaik

volvo elektrifikasi

Seiring visi menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030, Volvo Car Malaysia merancang untuk menyasarkan 75 peratus hasil jualan daripada rangkaian Recharge Pure Electric menjelang tahun 2025.

Mengulas lanjut, Frump berkata, pengenalan varian 100 peratus elektrik tersebut sebagai simbol usaha dan kepercayaan pihaknya yang mahu meningkatkan pencapaian elektrifikasi pada tahap lebih baik.

“Volvo C40 Recharge Pure Electric merupakan kenderaan elektrik mewah kedua yang dipasang di negara ini dan direka khas untuk memberikan pengalaman mobiliti mampan serba baharu

Iklan
volvo elektrifikasi
SIMBOLIK perasmian. Frump (kanan) bersama Duta Sweden di Malaysia, Joachim Bergström sempena Majlis Pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric baru-baru ini.

“Pengenalan platform Online Sales akan membolehkan pelanggan membuat pembelian model kami dan membuat pembayaran dalam talian dengan selamat,” katanya.

Berikut info mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric:

i) Dilengkapi dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya yang menghasilkan output sebanyak 408 kuasa kuda (hp) dan tork 660Nm.

volvo elektrifikasiii) Pecutan dari 0 ke 100 kilometer (km) perjam dalam masa 4.7 saat.
iii) Mampu bergerak sejauh 450km dengan sekali cas dan keupayaan mengecas hingga 80 peratus dalam masa 28 minit.

volvo elektrifikasi

Model berkenaan ditawarkan pada harga bermula RM288,888 dengan pakej seperti berikut:

Iklan

1) Waranti kenderaan selama 5 tahun.
2) Waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,00km (mana yang terdahulu).
3) Bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Baca juga 5 kenderaan tanpa pemandu, teknologi canggih pemanduan automatik jadi trend

volvo elektrifikasi4) Bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000km (mana yang terdahulu).
5) Bantuan khidmat digital selama 4 tahun dan kabel pengecas kereta.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my atau Facebook Volvo Car Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi