PENERAJU global dalam penyelesaian keselamatan rumah pintar, EZVIZ memperkenalkan televisyen litar tertutup (CCTV) serba baharu, C8W.

Fitur terbaharu dalam siri EZVIZ C8 itu dilengkapi dengan resolusi ultra jelas 2K yang memberi peningkatan ketara terhadap kualiti visual, sekali gus memenuhi kepuasan pengguna.

Menurut Pengurus Negara EZVIZ Malaysia, John Lu, EZVIZ secara konsisten berusaha untuk memanfaatkan keperluan perlindungan rumah yang berbeza dengan ciri fungsi dan ketahanan lebih tinggi.

CCTV C8W

“Melalui C8W, kami ingin menyampaikan elemen keselamatan lebih moden dan mesra pengguna dengan perlindungan sepanjang masa,” katanya.

Baca juga [VIDEO] Kejadian dirakam CCTV, wanita rembat motosikal pencuri selepas beg tangan diragut

Berikut adalah spesifikasi C8W:

Iklan
  • Pemandangan visual 360 darjah dan mengurangkan titik buta sejauh 30 meter.
  • Dilengkapi pengesanan penggera pemberitahuan dalam bentuk algoritma kecerdasan buatan (AI).
  • Dengan kecanggihan sistem AI, peranti ini boleh membezakan antara manusia dan haiwan peliharaan atau objek asing dengan lebih baik, seterusnya mengurangkan amaran palsu.
  • Ciri pertahanan aktif boleh mengesan pencerobohan yang mana kamera berbunyi siren dan lampu sorot akan dihalakan ke lokasi pencerobohan.
  • Dilengkapi dengan dua lampu sorot dan kanta optik profesional, kamera keselamatan canggih ini menawarkan tiga mod penglihatan pintar.

CCTV C8W

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Harga ditawarkan bermula pada harga RM449. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ezvizlife.com/my atau Facebook rasmi, EZVIZMalaysiaHQ.

Iklan