KEPADA anda yang tinggal di pangsapuri dan apartmen, pastinya ruang untuk menanam amat terhad.

Kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan segalanya apabila jenama Click & Grow memperkenalkan pot pintar mudah alih dikenali sebagai The Click & Grow 25.

Inovasi berkenaan antara lain memudahkan pengguna bercucuk tanam dengan cara paling senang.

Menariknya lagi, ia turut dilengkapi dengan sistem pengairan dan pencahayaan automatik untuk kitaran pertumbuhan.

The Click & Grow

“Bukan itu sahaja, tanah pintar yang diinspirasikan melalui teknologi Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) membolehkan agihan air sama rata di dalam struktur nano, seterusnya memberikan akses air terus kepada akar setiap masa.

Baca juga Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

“Teknologi NASA tersebut juga memastikan setiap tumbuhan mempunyai tahap pH yang sempurna dan konfigurasi air, oksigen serta nutrien pada tahap optimum,” kata jenama berkenaan menerusi portalnya.

The Click & Grow

The Click & Grow

Selain The Click & Grow, satu lagi peralatan, The Smart Garden 9 turut diperkenalkan.
Inovasi berkenaan juga efisien untuk proses penanaman, tidak mengandungi racun perosak, kulat dan hormon serta bahan berbahaya yang lain.

Baca juga Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Iklan

Harga ditawarkan untuk The Click & Grow 25 bermula RM4,565, sementara The Smart Garden 9 (RM1,030).

The Click & Grow

The Click & Grow

Iklan

Pembelian boleh dibuat menerusi platform Amazon. Untuk maklumat lanjut, layari https://asia.clickandgrow.com/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi