KEMERIAHAN Piala Dunia 2022 Qatar yang sedang berlangsung membuatkan ramai peminat bola teruja menyaksikan siri permainan yang memukau.

Selain dipersembahkan dengan lapan stadium dengan reka bentuk luar biasa, tuan rumah juga tidak ketinggalan memperkenalkan teknologi baharu.

Lapor Kompas yang memetik laman rasmi Adidas, jenama terkemuka tersebut memperkenalkan secara eksklusifnya memperkenalkan teknologi connected ball pada bola Al-Rihla.

Bukan sahaja mampu mengukur impak dan pergerakan untuk setiap sepakan atau tandukan di atas padang, bola itu juga menyokong sistem virtual assistant referee.

Sistem berkenaan dibina bagi membantu pengadil perlawanan bola sepak membuat semakan semula keputusan yang dibuat di atas padang jika berlaku perebutan bola.

bola al-rihlah

Sekali pandang, memang tak ubah seperti bola biasa tetapi fungsinya memang gempak.

Malah, satu lagi teknologi yang dibangunkan memang padu.

Sensor yang dipasang dengan Adidas Suspension System boleh menghantar data sebanyak 500 kali dalam tempoh sesaat.

Lazimnya, data berkaitan keputusan offside pada masa nyata dihantar terus kepada pengawai perlawanan video FIFA bagi menyelesaikan pertikaian antara pemain secara adil.

bola al-rihlah

Lagi mantap, teknologi itu juga melonjakkan lagi prestasi Al-Rihla sebagai tunjang utama Piala Dunia 2022 Qatar.

Bukan itu sahaja, terdapat empat lagi teknologi hebat yang diguna pakai sepanjang perlawanan berlangsung.

Berikut perinciannya:

1. Teknologi offside semi automatik

– Perselisihan faham antara pemain bola sepak sering berpunca daripada offside. Boleh bikin ramai berang apabila pengadil dikatakan salah beri pengadilan.

– Justeru, teknologi yang menggunakan 12 kamera yang dipasang di bawah bumbung untuk mengesan pergerakan bola.

Baca juga Tegas dan lincah di padang, kenali 6 pengadil, pembantu pengadil wanita Piala Dunia Qatar 2022

bola al-rihlah

– Pada masa sama, ia mampu menjejak keberadaan 29 pemain dalam satu masa dan data boleh diukur hingga 50 kali dalam tempoh sesaat.

2. Teknologi kamera pengawasan

– Pengawasan lebih ketat dengan teknologi kamera yang dipertingkatkan termasuk ciri pengesahan wajah.

– Sebanyak 15,000 kamera dipasang bukan sahaja di kawasan stadium, bahkan hingga laluan stesen kereta api berhampiran.

bola al-rihlah

– Bagi memantau kepadatan pengunjung, dron juga diterbangkan untuk mengawasi pergerakan mereka ketika berada di luar atau di dalam stadium.

3. FIFA Player App

Iklan

– Buat pertama kalinya, semua pasukan yang bertanding di dalam Piala Dunia 2022 Qatar diberi akses untuk aplikasi pemain FIFA.

bola al-rihlah

Baca juga Acara pembukaan Piala Dunia 2022, ayat 13 Surah Al-Hujurat dialunkan, 10 info mesti tahu

– Aplikasi berkenaan berkongsi maklumat mengenai data prestasi pemain secara individu di atas padang sebaik sahaja tamat perlawanan.

– Teknologi kecerdasan buatan itu juga memaparkan data seperti kelajuan pergerakan, daya imbangan dan banyak lagi yang mampu memberikan manfaat kepada pemain.

4. Teknologi pendingin hawa

– Teknologi pendingin hawa yang dipertingkatkan dari ciri saiz dan penjimatan tenaga bagi menyejukkan ruang stadium.

– Disebabkan suhu panas negara itu boleh mencapai 25 darjah Celsius, maka tujuh daripada lapan stadium dipasang sistem tersebut bagi keselesaan pengunjung.

bola al-rihlah

Iklan

– Teknologi yang dikembangkan oleh seorang prosefor di Universiti Qatar, Saud Abdulaziz Abdul Ghani atau terkenal dengan gelaran Dr Cool itu juga menggunakan kuasa solar.

Nampaknya perlawanan bola yang menjadi tumpuan dunia ketika ini bukan sahaja tertumpu kepada aksi pemain pasukan, tetapi juga teknologi yang diguna pakai.

bola al-rihlah

Bukan calang-calang pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan Qatar untuk memastikan perjalanan Piala Dunia 2022 berlangsung dengan baik.

Kalian rasa pasukan mana yang akan mengunguli kejohanan tersebut? Boleh kongsi di ruang komen Facebook kami ya?

bola al-rihlah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi