BIMBANG kenderaan peribadi menjadi sasaran penjenayah, aplikasi Carlock boleh membantu anda mengurangkan kegusaran tersebut dengan ciri keselamatan terbaik.

Aplikasi popular yang tersedia untuk Android dan iOS tersebut menawarkan servis pengesan keberadaan kenderaan pada masa nyata, selain memberikan notifikasi penting kepada pengguna.

Paling menarik, ciri pemberitahuan terus kepada telefon pintar pengguna sama ada kenderaan dialihkan, enjin dihidupkan atau berlaku getaran luar biasa pada kereta membuatkan aplikasi tersebut lebih diyakini ramai.

carlock

Baca juga Aplikasi paling dipercayai ramai, BetterSleep bantu tambah baik tabiat tidur lebih berkualiti

Baca juga Aplikasi penting pulihkan semula fail, foto dan video, Dumpster diyakini lebih 50 juta pengguna

Selain itu, bukan sahaja mampu mengesan kapasiti bateri, fungsi GPS terperinci antara ciri terbaik untuk membantu pemilik kenderaan menjejaki lokasi terkini sekiranya berlaku kecurian.

Setakat ini, lebih 50,000 pengguna seluruh negara dan pakej langganan berbayar tersebut pada harga serendah RM36.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi