HONDA Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan model City terbaharu dalam bentuk hatchback yang menampilkan gaya lebih sporty dan premium khas buat generasi muda.

Lebih menarik, City Hatchback Serba Baharu itu didatangkan dengan empat varian iaitu RS e:HEV, V, E dan S.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pelancaran model terkini itu akan membawa pasaran hatchback segmen B selangkah ke hadapan.

“City Hatchback Serba Baharu menjadi model berteknologi termaju yang pertama dalam segmennya menerusi ciri premium, versatiliti konfigurasi ultra seats dan paling penting, ia seronok untuk dipandu.

“Setakat ini, kami sudah menerima tempahan sebanyak 2,000 unit dan menyasarkan jualan 1,000 unit setiap bulan,” katanya ketika berucap sempena pelancaran fitur tersebut di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

City Hatchback Serba Baharu

Harga yang ditawarkan untuk varian V, E dan S bermula RM75,670 hingga RM87,860 (tanpa insurans) manakala untuk RS e:HEV, harganya akan diumumkan pada awal Januari nanti.

Selain pilihan rona dinamik baharu seperti Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic, seleksi warna Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl juga tidak kurang hebatnya.

Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui

Apa lagi yang menarik mengenai City Hatchback Serba Baharu? Berikut perincian:

i) Dijana rangkaian kuasa 1.5L Sport Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).
ii) Dipadankan transmisi Electronic Continous Variable Transmission (e-CVT).
iii) Mampu jana kuasa 109ps dan tork mencecah 253Nm.

City Hatchback Serba Baharu
iv) Sistem hibrid 2-motor Honda yang boleh bertukar kepada tiga mod pemanduan iaitu pacuan EV, hibrid dan enjin.
v) Tempat duduk Ultrasuede dengan jahitan benang merah.
vi) Paparan Kluster Meter Interaktif berukuran 7 inci.
vii) Empat mod ultra seats iaitu utility, long, tall dan refresh dengan kapasiti but seluas 289 liter.
viii) Ciri brek parking elektrik, penghidup enjin dan penghawa dingin kawalan jauh.

City Hatchback Serba Baharu

Hebat bukan? Bukan setakat itu sahaja, sistem Honda Sensing yang dipertingkatkan membuatkan varian baharu tersebut memang lain daripada lain.

Iklan

Antara ciri Honda Sensing yang menjadi tumpuan seperti berikut:
1. Kawalan pemanduan adaptif.
2. Sistem brek mitigasi pelanggaran.
3. Sistem amaran pelanggaran hadapan.

City Hatchback Serba Baharu
4. Sistem bantuan kekal lorong.
5. Sistem mitigasi keluar dari jalan.
6. Amaran keluar lorong.
7. Lampu tinggi auto.

Sudah tentunya, City Hatchback RS e:HEV menjadi tumpuan ramai kerana reka bentuk lebih eksklusif dengan konsep Energetic Hatchback.

Selain menyerlahkan gaya sporty dengan kemasan hitam berkilat pada gril hadapan, solid wing hitam, lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang LED dan rim aloi 16 inci.

Lebih menyakinkan pengguna, ketegaran badan model tersebut dikatakan 6 peratus lebih kukuh berbanding Jazz jika berlaku pelanggaran.

Iklan

City Hatchback Serba Baharu

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagi memberikan pengalaman kabin yang lebih senyap, tiang A dan B City Hatchback Serba Baharu dipadukan dengan semburan busa polyurethane.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi ciri keselamatan standard yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau terus berkunjung ke bilik pameran pengedar sah seluruh negara.