BAYANGKAN, aplikasi popular media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube, Netflix dan banyak lagi tidak boleh digunakan di telefon pintar kalian.

Ya, hal itu bakal berlaku di negara jiran kita, Indonesia apabila akses rakyat di negara republik tersebut akan disekat menjelang hari esok.

Lapor CNN Indonesia, Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) menetapkan polisi baharu itu kepada syarikat pengendali aplikasi berkenaan.

Kominfo menggariskan peraturan supaya semua syarikat yang terlibat perlu berdaftar sebagai Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE).

Sekiranya masih gagal berbuat demikian, syarikat berkenaan sama ada PSE awam atau swasta akan disekat daripada diakses pengguna. Ini bukan main-main ya!

aplikasi disekat

Sebagai rekod, Google, Facebook, Youtube masih di bawah pengendalian PSE swasta.

Memetik laporan portal itu lagi, arahan berkenaan diwajibkan kepada semua syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa.

“PSE ialah mana-mana pihak yang menjalankan sistem elektronik atau berkaitan internet sama ada laman web atau aplikasi.

aplikasi disekat

“PSE merupakan individu, penyelenggara di setiap negara, pertubuhan dan komuniti yang menyediakan, mengelola, dan/atau menjalankan operasi sistem elektronik secara persendirian atau usaha sama kepada pengguna sama ada untuk keperluan dirinya dan/atau keperluan pihak lain,” menurut CNN.

Baca juga Facebook dan Instagram bakal ditutup bermula di Eropah? Ramai netizen bahas isu hak privasi pengguna

Pemerintah Indonesia percaya dengan pelaksanaan ‘peraturan’ tegas tersebut, negara itu boleh mengawal dan mengambil tindakan undang-undang demi melindungi pengguna.

Berikut enam kriteria syarikat pengendali yang diwajibkan untuk mendaftar PSE:

1. Menyediakan, mengelolakan dan/atau operasi penawaran dan/atau perdagangan barang dan/atau servis.

aplikasi disekat

2. Menyediakan, mengelolakan dan/atau operasi servis transaksi kewangan.

3. Penghantaran material atau muatan digital berbayar melalui jaringan data melalui portal atau laman web, e-mel atau aplikasi lain kepada pengguna.

Iklan

4. Menyediakan, mengelolakan dan/atau operasi servis komunikasi seperti pesanan ringkas, panggilan suara, video, e-mel dan perbualan dalam jaringan dalam bentuk platform digital.

aplikasi disekat

5. Servis enjin carian, maklumat berbentuk tulisan, suara, gambar, animasi, muzik, video, filem atau permainan dalam talian.

6. Servis pemprosesan data untuk aktiviti servis masyarakat yang berkaitan transaksi elektronik.

Baca juga WhatsApp tamatkan fungsi 43 model telefon Android, Apple iOS lama

Setakat ini, di Indonesia, antara syarikat terkemuka yang sudah mendaftar adalah seperti Gojek, Traveloka, TikTok, Spotify, Capcut dan DailyMotion.

Iklan

aplikasi disekatSementara itu, Google pula dikatakan akan mematuhi undang-undang tersebut demi kelangsungan servis di negara yang memiliki 273.5 juta penduduk itu.

Apa reaksi kalian kalau peraturan sama diimplemenkan di negara ini?

Mesti ramai panik bukan? Adakah ia bakal berlaku di Malaysia?

Bagi SinarPlus, rasanya bagus juga pelaksanaan pendaftaran PSE tersebut demi kepentingan sosial dan keselamatan kita bersama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan