HONOR 70 yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi bakal mencetuskan sensasi apabila model flagship terbaharu berkenaan dikatakan sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang gemar mengambil gambar.

Buat julung kalinya, telefon pintar keluaran China tersebut dilengkapi dengan ciri Kamera Penderiaan Super IMX800 Sony pertama di dunia.

Menurut jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, teknologi kamera makro dan ultra lebar dua kali ganda 50MP dengan sensor kedalaman 2MP bakal memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna.

HONOR70

“Peranti itu memiliki sensor 1/1.49 dan aperture sebesar f/1.9 yang menjadi antara ciri istimewa yang ditampilkan, sekali gus membawa fotografi ultra ke satu tahap baharu.

“HONOR 70 membuktikan jenama tersebut berupaya menampilkan telefon pintar pertamanya dengan penderiaan IMX800 yang dapat melonjakkan julat dinamik kepada 23 peratus lebih baik berbanding model terdahulu,” katanya.

Baca juga Kelebihan skrin lebih lebar, HONOR Magic V mampu bertahan dengan 200,000 lipatan untuk 5 tahun

HONOR70

Terdahulu, penulis antara petugas media dijemput untuk mencuba telefon pintar tersebut sempena program Discover the Beauty of the Night with HONOR 70 di Panggung KL malam tadi.

Menariknya, gambar atau swafoto yang diambil sekitar spot menarik kawasan tumpuan pelancong berkenaan ‘hidup’ walaupun pada waktu malam.

HONOR70

Fitur terkini itu juga difahamkan dapat menghasilkan foto yang lebih jelas, berkualiti walaupun pada waktu malam berbanding teknologi IMX766 yang biasa digunakan peranti lain.

Tambah menarik, sensor canggih pada HONOR 70 membawa prestasi fotografi telefon pintar kepada satu tahap yang lebih tinggi untuk tangkapan gambar cahaya malap dan backlight.

Baca juga 5 sebab HONOR MagicBook 14 perlu menjadi milik anda, rebut hadiah percuma bernilai RM228

HONOR70

Iklan

Padanlah semua foto cantik-cantik belaka. Malah, mahu OOTD (outfit of the day) pun tiada masalah walaupun di tempat gelap.

Berikut antara lain perincian spesifikasi HONOR70:

i) Kamera 50MP dilengkapi lensa ultra lebar 122 darjah dan menyokong tangkapan makro 2.5cm pada masa serentak.

HONOR70

Iklan

ii) Fungsi makro pada HONOR 70 menjadikan bidikan objek dekat lebih jelas.

iii) Platform pengimejan HONOR Image Engine menjadikan foto lebih profesional.

Bagi kalian yang tertunggu-tunggu kehadiran HONOR 70, dapatkan maklumat lanjut di Facebook rasmi https://www.facebook.com/HonorMY atau https://www.hihonor.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan