PERNAH bayangkan, satu hari nanti negara akan memiliki kenderaan elektrik sendiri? Mesti ramai yang teruja untuk melihat varian kereta canggih buatan tempatankan?

Jika dilihat perkembangan automotif dunia yang semakin sofistikated, trend jentera elektrik sudah mula popular di negara maju khususnya Jerman, Amerika Syarikat, Perancis, China dan Eropah.

Misalnya di China, kereta elektrik mini memang cukup popular kerana harganya yang dikatakan mampu milik dan mesra alam.

desain MEV pertama malaysia

Lapor scmp.com, negara yang memiliki populasi paling ramai di dunia itu dikatakan menjadi salah satu pengeluar kenderaan elektrik paling top pada tahun ini.

Mana tidaknya, seramai 500 pembuat kereta elektrik dari China berjaya menembusi pasaran automotif global dengan beberapa jenama popular seperti Nio, Xpeng dan Li Auto.

Barangkali melihat kepesatan Internet of Things dan kecerdasan buatan (AI) membuatkan pengeluar jentera elektrik negara itu berlumba-lumba untuk menggegarkan industri automotif dunia.

xpeng china

xpeng china

Memang tidak dinafikan, Tanah Besar itu memiliki keupayaan luar biasa sekali gus mahu menyaingi kehebatan Tesla.

Padanlah China berusaha untuk mencapai sasaran 20 peratus kenderaan elektrik menjelang tahun 2024 seiring visi Made in China 2025.

Hebat bukan? Bercakap mengenai jentera canggih yang dikuasakan dengan pemanduan autonomi, Malaysia pun sebenarnya ada ramai pereka yang cukup berpengalaman.

Sebagai contoh, Ketua Rekabentuk Industri Mimos Berhad, Saharudin Busri yang kreatif memaparkan idea rekaan konsep kereta elektrik Malaysia (MEV) sempena Hari Reka Bentuk Perindustrian Sedunia baru-baru ini.

desain MEV pertama malaysia

desain MEV pertama malaysia

Konsep kereta elektrik tersebut mengambil ilham daripada reka bentuk hatchback segmen-B model Volkswagen Golf.

Beliau difahamkan mengambil masa tiga minggu untuk menghasilkan desain MEV itu.

Iklan

Sekali pandang, saling tak tumpah seperti Perodua Myvi bukan? Boleh jadi, varian pilihan paling laris di Malaysia itu menjadi contoh sesuai untuk pasaran tempatan.

desain MEV pertama malaysia

Perkongsian di Facebook memberikan pelbagai reaksi positif warganet yang rata-ratanya kagum dengan kecanggihan desain EV-SUV tersebut.

Memang mantap idea anak tempatan. Pastinya ramai tidak sabar untuk menunggu kenderaan elektrik tersebut dihasilkan.

Jom kita lihat beberapa desain kreatif yang dihasilkan bekas pereka Proton tersebut yang cukup mengagumkan.

Iklan

desain MEV pertama malaysia

desain MEV pertama malaysia

desain MEV pertama malaysia

Menarik bukan? Mungkin lebih ramai lagi bakat anak tempatan wajar ditonjolkan demi kemajuan industri automobil negara.

Moga cetusan idea tersebut boleh memberi ilham kepada anak muda yang bercita-cita untuk pereka desain kereta nasional satu hari nanti. #kitalaluibersama #perkasakansuaraMalaysia