HONOR sekali lagi membawakan kejutan kepada peminat apabila memperkenalkan model telefon pintar terbaharu, HONOR X6.

Pelancaran fitur baharu itu nampaknya merancakkan lagi koleksi siri X yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, siri HONOR X sentiasa menjadi pilihan kerana tahan lasak dan jangka hayat bateri lebih lama pada harga berbaloi.

“Pengenalan model terbaharu ini melengkapkan siri HONOR X9, X8 dan X7 yang sudah dilancarkan pada Mac lalu.

“Mengetengahkan slogan Lagi Berbaloi, Lagi Best, HONOR X6 merupakan telefon pintar terbaik dalam kelas tersendiri,” kata jenama tersebut.

honor

Berikut perincian HONOR X6:

i) Lengkap penstoran 128GB yang pertama untuk model bernilai bawah RM600.
ii) Penstoran MicroSD 1TB untuk pengalaman lebih lancar.

Baca juga HONOR buat kejutan tambahan, lancar MagicBook 14 dan Pad 8 dengan ciri lebih mantap

honoriii) Ciri sistem kamera utama 50MP, kamera mikro 2MP dan kamera kedalaman 2MP.
iv) Kapasiti bateri 5000mAh mampu bertahan selama 17 jam untuk tontonan video dalam talian.

Baca juga Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

Iklan

honorv) Dua pilihan rona dinamik, Titanium Silver dan Ocean Blue.

Peranti yang mula dijual pada 7 Oktober ini ditawarkan pada harga hanya RM599 sahaja.

honor

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari hihonor.com atau kunjungi kedai HONOR berhampiran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi