MODEL terbaharu, HUAWEI nova Y90 tampil istimewa apabila dilengkapi dengan stor aplikasi, AppGallery yang mempunyai ciri tambahan.

Bukan itu sahaja, bagi setiap pembelian model tersebut yang bernilai RM999, para pengguna berpeluang menerima langganan Viu secara percuma selama enam bulan, storan 50 GB tambahan di Huawei Cloud, waranti lanjutan enam bulan dan kotak hadiah.

Menariknya, AppGallery jenama itu akan terus mengeluarkan aplikasi dan permainan baharu yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak pelanggan masa kini.

Serentak dengan itu, HUAWEI Malaysia dalam satu kenyataan menyebut, pihaknya turut memperkenalkan pembantu AppGallery yang dinamakan sebagai Sophia untuk memberi penyelesaian terhadap isu berkaitan HUAWEI Mobile Services Apps.HUAWEI nova Y90

Berikut ciri-ciri lain dalam AppGallery tersebut:

i) Pilihan kandungan video melalui HUAWEI Music dan menyokong aplikasi seperti Netflix, Astro GO, Spotify dan YouTube Music.

ii) Aplikasi Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas yang tersedia membolehkan pengguna menempah tiket dengan mudah.

Baca juga HUAWEI Nova Y90 tawar telefon pintar pada harga mampu milik. Cepat dapatkan sebelum terlambat

HUAWEI nova Y90

iii) Menyokong aplikasi e-Dagang seperti Carousell, Lazada, Shopee dan ZALORA.

iv) AppGallery mempunyai pelbagai pilihan aplikasi permainan daripada permainan multi-player online battle arena game seperti Mobile Legends: BANG BANG dan Player Unknown Battle Ground (PUBG): MOBILE.

v) Pilihan lain tersedia seperti Touch ‘n Go eWallet dan Boost selain aplikasi perbankan Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, RHB Mobile dan HLB Connect.

Baca juga Lebih mewah dan bergaya, Huawei P50 Pro dan P50 Pocket tembusi pasaran global

HUAWEI nova Y90

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan