HUAWEI Device Business Group (BG) membawa kejutan kepada peminatnya apabila memperkenalkan peranti terbaharu, Nova Y90 pada harga mampu milik baru-baru ini.

Peneraju teknologi informasi dan komunikasi, infrastruktur dan peranti pintar global tersebut dalam satu kenyataan menyebut, Nova Y90 merancakkan lagi barisan telefon pintar siri Nova Y yang padat dengan ciri inovatif mengagumkan.

“Menariknya, model serba boleh itu dibangunkan berasaskan ciri 4S iaitu Super Screen, Super Battery, Super Charge dan Super Design.

“Pada masa sama, HUAWEI Nova Y90 dicipta dengan ciri teknologi terkemuka industri yang mampu mempertingkatkan pengalaman pengguna dan mengekalkan harga kompetitif,” kata jenama tersebut.

huawei nova y90

Berikut perincian lain HUAWEI Nova Y90:

i) Paparan skrin sinematik yang lebih luas dengan ciri paparan Edgeless Fullview HUAWEI dengan 6.7 inci.

ii) Dilengkapi bateri 5000mAh dengan 40W HUAWEI SuperCharge.

Baca juga Lebih mewah dan bergaya, Huawei P50 Pro dan P50 Pocket tembusi pasaran global

huawei nova y90

iii) Reka bentuk terperinci dan tekstur unik untuk keselesaan cengkaman yang dipertingkatkan.

iv) Spesifikasi mega HUAWEI Nova Y90 bukan sahaja mesra pengguna, tetapi juga mesra ekonomi.

huawei nova y90

Seiring peningkatan teknologi yang sering diperbaharui, semua produk HUAWEI kini dilengkapi dengan AppGallery yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai jenis aplikasi merentasi pelbagai kategori.

Iklan

Antaranya permainan, pendidikan, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi.

huawei nova y90

Platform itu juga akan menawarkan pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon dan mata ganjaran HUAWEI buat pengguna setia dari semasa ke semasa.

Harga yang ditawarkan bermula RM999 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/phones/ atau berkunjung ke kedai rasmi berdekatan.

Iklan

Baca juga Huawei tampil dengan telefon pintar boleh lipat, P50 Pocket. Turut lancarkan model P50 Pro

huawei nova y90

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan