ACER Malaysia membawakan pengalaman lebih menyeronokkan buat peminatnya dengan pelancaran tiga monitor terbaharu, Acer Nitro QG0 baru-baru ini.

Aksesori komputer peribadi yang dilengkapi dengan teknologi AMD FreeSync menjadikan ia antara peranti kadar segar semula hingga 180Hz, sekali gus melancarkan permainan dalam talian.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, pengenalan monitor Nitro QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 yang ditambah baik antara lain mengurangkan jeda dan ‘koyakan’ pada skrin.

Selain mempunyai sijil HDR10 yang memberi jaminan pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh, butiran pada paparan skrin lebih menarik melalui ciri peningkatan kontras, ketepatan warna pada kawasan terang dan gelap.

ACER NITRO

Berikut spesifikasi lain Acer Nitro QG0:

  • Dilengkapi penyangga kaki tiga dan paparan panel VA ZeroFrame tanpa bezel.
  • Reka bentuk penyangga yang lebih stabil membolehkan pengguna untuk memiringkan monitor mereka untuk mendapatkan sudut pandangan terbaik.

Baca juga Penuhi kehendak ramai, Acer Swift 5 tampil lebih ringan, nipis, rekaan kontemporari dan berkuasa tinggi

ACER NITRO

Iklan
  • Teknologi Acer VisionCare membantu mengurangkan ketegangan mata untuk pengalaman tontonan lebih selesa.
  • Selain HDMI dan audio-out jack, kedua-dua monitor QG270S3 dan QG240YS3 dilengkapi dengan DisplayPort.
  • Monitor QG240YH3 mempunyai port VGA.

Baca juga Hanya seberat 1.17 kilogram, Acer Swift Edge komputer riba paling ringan di dunia

ACER NITROAcer Nitro QG270S3 dijual pada harga RM589, manakala Acer Nitro QG240YS3 (RM499) dan Acer Nitro QG240YH3 (RM379).

Layari Facebook Acer Malaysia atau kunjungi kedai e-dagang Acer di Shopee dan Lazada.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi