BERITA baik buat pengguna Microsoft apabila jenama terkemuka itu mengumumkan pratempahan Surface Pro8 terbaharu sudah dibuka untuk pasaran tempatan.

Lebih menarik, fitur baharu yang dua kali ganda lebih pantas berbanding model terdahulunya juga telah ditambah baik dengan pemproses Intel Core Generasi ke-11 dan dilengkapi dengan dua port Thunderbolt 4.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi, Microsoft Malaysia, Azizah Ali berkata, versi baharu Surface Pro8 membawa inovasi lebih canggih, sekali gus membuka kunci inovasi untuk generasi seterusnya.

surface pro8

“Untuk tempoh sedekad yang lalu, Surface sudah merintis pengalaman dan mencipta peranti hibrid ideal sejak pengenalan Surface Pro3 lagi. Kali ini, kami mendedahkan inovasi dua dalam satu yang cukup ikonik,” katanya seperti dalam satu kenyataan.

Baca juga Infinix lancar komputer riba pertama, telefon pintar ZERO X NEO dengan konsep AIoT. Memang superb!

Baca juga ThinkBook Lenovo boleh dinaik taraf ke Windows 11 secara percuma

surface pro8

Iklan

Jangka hayat bateri hingga 16 jam juga menjadikannya model komputer peribadi paling berkuasa di pasaran.

Berikut perincian tambahan Surface Pro8:

Iklan
  • Didatangkan dengan skrin sentuh PixelSense 13 inci dan dilengkapi Dolby Vision dan Teknologi Warna Adaptif.
  • Mempunyai kamera hadapan 5MP, kamera belakang 10MP-4K, selain kesan bunyi Dolby Atmos dan Studio Mics untuk paparan lebih lancar.
  • Ciri gabungan kuasa komputer riba dan fleksibiliti tablet dengan papan kekunci signatur boleh tanggal menjadikannya lebih mesra pengguna.
  •  Surface Slim Pen 2 yang ditawarkan juga berfungsi seperti pen untuk penggunaan lebih realistik dan lancar pada permukaan skrin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

surface pro8Bermula pada harga RM4,950 hingga RM8,750, Surface Pro8 boleh didapati melalui pengedar dan peruncit sah seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan pengedar sah atau layari Lazada dan Shopee.