LEBIH lebar, lebih puas hati. Inovasi reka bentuk terbaharu HONOR Magic V nampaknya memberikan kelainan buat peminat apabila menjadi telefon pintar boleh lipat 5G pertama dengan skrin ekstra luas.

Ya! Itu tanggapan penulis sendiri selepas dijemput untuk melihat dengan lebih dekat fitur baharu tersebut sempena sesi reviu di Menara Binjai Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sudah tentu HONOR Magic V yang dilancarkan semula untuk peringkat global di Mobile World Congress Barcelona, Sepanyol, semalam membuatkan ramai tertanya-tanya sejauh mana keunikan gajet tersebut?

honor magic V

Apa yang paling mencuri tumpuan adalah pada paparan skrin dalaman selebar 7.9 inci yang menyerupai tablet mini selain skrin luar pula bersaiz 6.45 inci.

Untuk skrin dalaman, filem nano optik sputter magnetron menghasilkan pantulan ultra rendah iaitu kurang 1.5 peratus menjadikan warna skrin lebih gelap.

Ciri skrin tersebut merupakan antara kelebihan buat pengguna untuk menonton video atau movie atau menaip sesuatu dengan lebih selesa.

honor magic V

Bukan itu sahaja, teknologi salutan anticap jari AF baharu menjadikan skrin lebih tahan lama selain keupayaan antihabuk, hidrofobik dan antiminyak.

Selain didatangkan dengan kaca kristal nano melengkung ultra nipis pada skrin luar, pengguna tidak perlu lagi bimbang untuk menambah skrin pelindungan tambahan kerana ciri ketahanan baharu tersebut lebih diyakini.

Baca juga 7 fakta ini perlu anda tahu sebelum membeli HONOR Magic 3, poin nombor 3 memang wow

Ini kerana ciri lebih nipis 0.1 milimeter (mm) daripada biasa dan berat dikurangkan kepada 9 peratus modulus menjadikan skrin model tersebut jauh lebih baik berbanding panel Corning Gorilla Glass biasa, malah prestasi rintangan jatuh juga lebih luar biasa.

honor magic V

Bagi mereka yang sukakan objek simetri, barangkali HONOR Magic V antara peranti yang boleh dipertimbangkan kerana reka bentuknya yang setangkup memberikan nilai estetika.

Iklan

Direka menggunakan teknologi engsel waterdrop termaju, fitur tersebut mampu bertahan 200,000 lipatan untuk tempoh lebih lima tahun.

Baca juga 5 sebab HONOR MagicBook 14 perlu menjadi milik anda, rebut hadiah percuma bernilai RM228

Menyentuh dari segi prestasi skrin pula, kekunci navigasi boleh ditukar dengan bebas dan ciri split-screen interactive menjadikan kerja anda lebih mudah.

honor magic V

Berikut dikongsikan spesifikasi lain HONOR Magic V:

Iklan

i) Dikuasakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 5G serba baharu Qualcomm.
ii) Teknologi HONOR OS Turbo X dan GPU Turbo X meningkatkan pengalaman permainan mudah alih.
iii) Kapasiti bateri 4750mAh dengan pengecasan pantas 66W.

honor magic V
iv) Kamera belakang terdiri daripada kamera lebar 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan spectrum enhanced 50MP.
v) Dwi kamera depan menampilkan lensa hadapan 42MP pada kedua-dua skrin.
vi) Pembesar suara dwi stereo + DTS.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Fitur canggih yang ditawarkan dengan pilihan titanium silver, burnt orange dan hitam itu dijual pada harga bermula RM6,653.38 hingga RM7,318.79.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.hihonor.com/global/phones/honor-magic-v/.