APPLE baru-baru ini mengumumkan secara rasmi jualan model terbaharu, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max untuk pasaran tempatan.

Empat pilihan kapasiti iaitu 128 gigabait (GB), 256GB, 512GB dan 1 terabait (TB) berkenaan ditawarkan kepada peminat pada harga bermula RM5,299.

Jenama itu melalui portal rasmi menyebut, ciri keselamatan yang dipertingkatkan selain teknologi inovatif kamera utama 48MP dengan penderia quad-pixel termaju memberi kelebihan buat desain terbaharu tersebut.

“Selain dikuasakan cip telefon pintar, reka bentuk fitur baharu lebih lasak dengan ciri perlindungan seramik, kalis air sedalam enam meter dan tahan karat.

“Kali ini, empat opsyen rona premium dan elegan seperti Deep Purple, Space Black, silver dan gold bakal menjadi kegemaran semua,” kongsi jenama itu.

iphone

Selain didatangkan dengan ciri penderia LiDAR (teknologi mengukur jarak dari objek menggunakan cahaya), fitur baharu tersebut turut dilengkapi pengesan kecerdasan buatan, ID muka, barometer dan dwipenderia cahaya ambien.

Berikut spesifikasi menarik iPhone 14 Pro:

i) Inovasi baharu, Dynamic Island membuatkan susunan paparan perkakas dalaman lebih kemas.
ii) Berat 206 gram dengan paparan skrin Super Retina XDR dan OLED bersaiz 6.1 inci.
iii) Ciri keselamatan pengesanan kemalangan membolehkan panggilan kecemasan terus dibuat serta-merta.

Baca juga Wah! iPhone kini boleh dinyah-kunci walau ketika pakai pelitup muka dengan iOS 15.4

iPhone
iv) Sistem kamera pro baharu dengan ciri telefoto berkualiti optik dua kali ganda pada julat zum.
v) Dilengkapi mod sinematik yang boleh merakam dalam format 4K HDR.
vi) Hadir dengan cip pemprosesan A16 Bionic, teras CPU 6 dengan dua prestasi dan 4 teras kecekapan, teras GPU 5 serta teras enjin Neural 16.

Baca juga Apple iOS 15 ditawarkan bermula 20 September, ini senarai iPhone yang boleh menyokongnya

iPhone

Berikut spesifikasi menarik iPhone 14 Pro Max:

i) Inovasi baharu, Dynamic Island membuatkan susunan paparan perkakas dalaman lebih kemas.
ii) Berat 240 gram dengan paparan skrin Super Retina XDR dan OLED bersaiz 6.7 inci.
iii) Ciri keselamatan pengesanan kemalangan membolehkan panggilan kecemasan terus dibuat serta-merta.

Baca juga Tip terbaik untuk peminat Apple yang membeli iPhone terpakai. Kenali set retail dan refurbished

iPhone
iv) Sistem kamera pro baharu dengan ciri telefoto berkualiti optik dua kali ganda pada julat zum.
v) Dilengkapi mod sinematik yang boleh merakam dalam format 4K HDR.
vi) Hadir dengan cip pemprosesan A16 Bionic, teras CPU 6 dengan dua prestasi dan 4 teras kecekapan, teras GPU 5 serta teras enjin Neural 16.

iPhone

Serentak dengan itu, Apple turut melancarkan produk jam tangan digital baharu, Apple Watch Series 8 yang boleh memantau suhu badan dan fungsi badan lain. Ia dijual pada harga berharga lebih kurang RM1,854.

Selain itu, Apple Watch Ultra (kira-kira RM3,709) yang mengandungi bateri dengan jangka hayat mencukupi untuk atlet melengkapkan triatlon jarak jauh.

Menurut Penganalisis GlobalData Retail, Neil Saunders, Apple telah melakukan yang secukupnya untuk memacu permintaan dengan menarik perhatian pengguna supaya menaik taraf dan membiasakan diri dengan produk-produk baharunya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.apple.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan