HONOR Magic V baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar boleh lipat 5G pertama dengan skrin yang lebih luas.

Fitur itu yang dilancarkan semula di peringkat global memiliki paparan skrin dalaman selebar 7.9 inci, selain skrin luar pula bersaiz 6.45 inci.

Jenama berkenaan dalam satu kenyataan menyebut, skrin dalaman yang menggunakan filem nano optik sputter magnetron menghasilkan pantulan ultra rendah iaitu kurang 1.5 peratus, sekali gus menjadikan warna skrin lebih gelap.

honor magic V

Baca juga 5 sebab HONOR MagicBook 14 perlu menjadi milik anda, rebut hadiah percuma bernilai RM228

Tambah menarik, teknologi salutan anticap jari AF baharu itu turut menjadikan skrin lebih tahan lama, antihabuk, hidrofobik dan antiminyak, selain didatangkan dengan kaca kristal nano melengkung ultra nipis untuk skrin luar.

Rekaannya yang lebih nipis iaitu hanya 0.1 milimeter daripada biasa, membuatkan paparan permukaannya jauh lebih baik berbanding panel Corning Gorilla Glass.

Dibangunkan dengan teknologi engsel waterdrop termaju, HONOR Magic V mampu bertahan dengan 200,000 lipatan untuk tempoh lebih lima tahun.

Baca juga Jangan lepaskan miliki fon telinga canggih, Earbuds 2 Lite bersama siri terbaharu HONOR 50

Iklan

honor magic V

Berikut spesifikasi lain HONOR Magic V:

Iklan
  • Dikuasakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 5G serba baharu Qualcomm.
  • Teknologi HONOR OS Turbo X dan GPU Turbo X meningkatkan pengalaman permainan mudah alih.
  • Kapasiti bateri 4750mAh dengan pengecasan pantas 66W.
  • Kamera belakang terdiri daripada kamera lebar 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan spectrum enhanced 50MP.
  • Dwi kamera depan menampilkan lensa hadapan 42MP di kedua-dua skrin.
  • Pembesar suara dwi stereo + DTS.

honor magic V

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Fitur canggih yang ditawarkan dengan pilihan titanium silver, burnt orange dan hitam itu dijual pada harga bermula RM6,653.38 hingga RM7,318.79.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.hihonor.com/global/phones/honor-magic-v/.