ACER baru-baru ini melancarkan komputer riba terbaharu, Swift Edge bersaiz 16 inci dan hanya seberat 1.17 kilogram, sekali gus menjadikan fitur tersebut paling ringan di dunia.

Jenama tersebut dalam satu kenyataan menyebut, model berkenaan direka khas untuk memaksimumkan produktiviti semasa dan model kerja hibrid.

“Desain moden yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 6000 itu merupakan gabungan sempurna untuk prestasi, keselamatan dan ketahanan.

“Paling penting, ciri keselamatan dipertingkatkan dengan pemprosesan Microsoft Pluton yang berfungsi untuk melindungi pengguna daripada serangan siber yang semakin canggih,” kata jenama berkenaan sambil menambah fitur baharu itu turut menerima Anugerah Red Dot 2022 dan Good Design 2022 untuk reka bentuk unik.

Acer

Berikut spesifikasi lain Acer Swift Edge:

i) Direka khas dengan casis magnesium aluminum yang nipis menjadikan ia lebih mudah alih dan tahan lasak.

ii) Dilengkapi 8 core Zen 3 berprestasi tinggi yang dibina dengan teknologi prosesan 6 nm.
Pengesahan biometrik tambahan dan slot Noble Wedge Lock untuk lapisan sekuriti lebih baik.

Baca juga Penuhi kehendak ramai, Acer Swift 5 tampil lebih ringan, nipis, rekaan kontemporari dan berkuasa tinggi

Acer

iii) Bezel nipis dengan ratio 92 peratus skrin-ke-badan.

iv) Tampil dengan VESA DisplayHDR True Black 500 dan sijil paparan TUV Rheinland Eyesafe.

Baca juga Memang syok! Predator Helios 300 SpatialLabs miliki lebih 50 permainan online popular

Acer

Iklan

v) Kamera depan FHD menggunakan teknologi Acer’s Temporal Noise Reduction untuk pengimejan bermutu tinggi.

Untuk pasaran di Malaysia, Acer Swift Edge tampil dengan dua varian iaitu AMD Ryzen 7 6800U dan AMD Ryzen 5 6600U. Harga ditawarkan bermula RM6,299 dan RM5,299.

Pembelian boleh dilakukan di Acer eStore dan di platform di Shopee atau Lazada.

Acer

Iklan

Acer

Untuk maklumat lanjut, layari www.acer.com atau Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi