HUAWEI Malaysia melancarkan fon telinga terbaharu, HUAWEI Freebuds 5i dengan teknologi tanpa wayar yang dipertingkatkan baru-baru ini.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, pengenalan fon telinga True Wireless Stereo dengan penyaring hingar aktif tersebut lebih mudah diakses dan mampu bertahan hingga 28 jam.

“Sambutan menggalakkan terhadap produk terdahulu, FreeBuds 4i mendorong HUAWEI melancarkan model baharu pada harga lebih berbaloi tanpa menjejaskan prestasi sedia ada.

“Fitur ini menjanjikan kualiti audio lebih baik dengan reka bentuk yang bergaya. Ia tampil dengan bekas simpanan berbentuk lengkungan bujur dan pilihan rona biru, hitam dan putih,” kata jenama tersebut.

Huawei Freebuds 5i

Berikut antara perincian lain HUAWEI Freebuds 5i:

  • Dianugerahkan pensijilan Hi-Res Audio Wireless yang mengesahkan tindak balas frekuensi lebih luas dan kebolehan bunyi resolusi tinggi.
  • Penyaring hingar aktif dwimikrofon dan sokongan dwiperanti untuk sistem operasi yang berbeza.

Baca juga HUAWEI nova Y90 dilengkapi AppGallery dengan ciri tambahan, harga berbaloi hanya RM999

Huawei Freebuds 5i

  • Pengecasan pantas selama 15 minit dan mampu memainkan lagu selama empat jam tanpa henti.
  • Ciri pembatalan bunyi bising dengan tiga pilihan mod untuk penyesuaian persekitaran yang sibuk.
  • Sistem penyambungan pintar untuk dua peranti dalam satu masa termasuk komputer peribadi, telefon atau tablet.

Baca juga Teknologi pengimejan, XMAGE jadikan ‘bidikan’ foto Huawei Mate 50 Pro lebih berkualiti

Iklan

Huawei Freebuds 5i

HUAWEI Freebuds 5i dijual pada harga RM399. Pembelian boleh dibuat menerusi platform Lazada Huawei Flagship Store atau Shopee Huawei Official Store.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi