JAGUAR Land Rover Malaysia akhirnya menamatkan penantian peminat jenama terkemuka itu apabila melancarkan varian terbaharu, Land Rover Defender 110 secara maya baru-baru ini.

Model yang direka bentuk semula secara menyeluruh itu turut diiktiraf sebagai jentera terbaik dalam Anugerah Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia 2021.

Land Rover Defender 110

Jenama tersebut dalam satu kenyataan berkata, varian berkenaan direka khas menggunakan seni bina kejuruteraan D7x dengan pembinaan monokok aluminium ringan yang menghasilkan struktur desain paling kukuh pernah dicipta.

“Land Rover Defender 110 didatangkan dengan dua pilihan enjin 2.0L 300PS dan 3.0L 400PS MHEV, selain ciri baharu termasuk ClearSight Ground View dan ClearSight Rear View dengan visual skrin 3D.

Iklan

Land Rover Defender 110

“Ia masih mengekalkan ketahanan pacuan empat roda ekstrem yang cukup menyakinkan, tetapi praktikal untuk pemanduan di bandar,” kata kenyataan itu.

Berikut informasi tambahan Land Rover Defender 110 yang baharu:

  • Sistem Adaptive Dynamics dengan Electronic Air Suspension untuk pemanduan lebih lancar.
  • Ciri Wade Sensing menggunakan ultrasonik sensor bagi memberi peringatan kepada pemandu secara visual jika melalui kawasan banjir dengan kedalaman 900 milimeter.
  • Gearbox automatik kelajuan berkembar dengan kebolehan menarik maksimum 3,500 kilogram.

Land Rover Defender 110

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Harganya diumumkan bermula RM798,800 dan anda boleh mengunjungi bilik pameran terdekat atau melayari www.landrover.com.my untuk maklumat lanjut.

Setiap jentera keluaran United Kingdom itu didatangkan dengan Program Land Rover Prihatin yang membolehkan pelanggan menikmati jaminan waranti dan servis percuma selama lima tahun, termasuk bantuan tepi jalan selama tiga tahun.