JOMRAPAT dipilih menjadi tema Mesyuarat Agung kali ke-4 (AGM4) Exora Owners Car Club Malaysia (EOCM) 2022 yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Presint 3, Putrajaya baru-baru ini.

Lebih 200 ahli dari seluruh negara hadir pada mesyuarat agung berkenaan yang menyaksikan lima jawatan teratas kelab berkenaan berpindah tangan menerusi undian ahli.

Pada pemilihan lima jawatan tertinggi, Hezri Kusrin yang sebelum ini ialah Naib Presiden 1 telah dipilih menjadi presiden baharu bagi penggal 2022-2024 menggantikan Mohd Sayuti Hassan yang tidak mempertahankan jawatannya.

Mohd Zailan Mohd Salleh yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden 2 dipilih sebagai Naib Presiden 1, manakala Izwan Rozlin menjadi pilihan untuk mengisi jawatan Naib Presiden 2.

Exora

Pada pertandingan lima penjuru menyaksikan Khairul Helmi Abd Kadir yang sebelum ini menjadi penolong setiausaha menang untuk jawatan setiausaha, manakala untuk jawatan bendahari kekal milik Mohd Zaini Mat Akhir selepas menang tanpa dicabar oleh sesiapa untuk jawatan berkenaan.

Presiden EOCM, Hezri Kusrin bersyukur kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung kali ke-4 setelah tertunda hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Baca juga Proton lancar empat varian edisi istimewa, janjikan reka bentuk unik, lebih luar biasa

Beliau berkata, sokongan tidak berbelah bagi daripada ahli yang sudah mencecah lebih 5,000 orang tahun ini menjadi pemangkin kepada penganjuran mesyuarat berkenaan yang berlangsung dengan jayanya.

Exora

Kali terakhir program terbesar kelab itu adalah pada penganjuran Sambutan Ulang tahun EOCM ke-10 yang berlangsung di Johor pada tahun 2018.

Iklan

Ujarnya, tema JomRapat dipilih untuk mengaktifkan semula kelab melalui perancangan-perancangan baharu aktiviti termasuk Sambutan Ulang tahun EOCM ke-11 yang di dalam perancangan yang bakal diadakan pada tahun ini juga.

“Dalam tempoh dua tahun pandemik aktiviti terhenti, namun kita berjaya mengumpulkan ahli pada majlis hari raya yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini dan diharap momentum sokongan ahli akan berterusan bagi menyemarakkan kembali program komuniti dan kemasyarakatan disamping kekeluargaan yang menjadi trademark selama ini,” katanya.

Exora

Pada majlis berkenaan, EOCM turut memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa 2018-2022, konsultan-konsultan yang terdiri daripada pemilik bengkel termasuk orang perseorangan yang memberi kerjasama selama ini.

Iklan

Antaranya seperti TMS Workshop; Asher Garage; TSC Tuned; Wak John Aircond; Tam Turbo Motorsport; Faizal Auto Accessories dan Semooa Autoparts.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan