EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan dua rona dinamik baharu untuk dua model Nissan terpilih.

Nissan X-Trail 2.0L Mid ditawarkan dengan warna Monarch Orange, manakala rona Radiant Red dengan pilihan bumbung hitam untuk Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star.

Nissan

Berikut spesifikasi Nissan X-Trail seperti yang dinyatakan:

  • Dilengkapi ciri teknologi pemanduan dinamik, Nissan Intelligent Mobility.
  • Isyarat amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan dan kawalan cruise pintar.
  • Ciri amaran titik buta pula membantu pemanduan lebih selamat.
  • Model canggih itu turut dilengkapi amaran trafik palang belakang dan lampu tinggi.

Baca juga Lazada 12.12 Grand Year End Sale lebih hangat. Kereta Nissan Almera Turbo Serba Baharu antara ganjaran terbesar

Sementara itu, Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star juga tidak kurang hebatnya.

Iklan

Nissan

Selain menawarkan penjimatan minyak terbaik dalam kelasnya, model premium tersebut juga didatangkan dengan ciri inovatif seperti pintu gelongsor bebas tangan dan tujuh pot kabel USB.

Iklan

Paparan skrin pintar dengan pengesan objek bergerak membolehkan pemanduan lebih selamat dan selesa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lebih menarik, sambungan telefon pintar terus kepada Apple CarPlay dan Android.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh berkunjung ke bilik pameran ETCM berhampiran atau layari www.nissan.com.my.