LEBIH menarik dan vazz! Demikian reaksi peminat telefon pintar Vivo apabila jenama popular itu melancarkan model siri Y terbaharu, Vivo Y35 baru-baru ini.

Tampil dengan spesifikasi dan reka bentuk lebih mantap membuatkan fitur baharu tersebut nampak bergaya dan tahan lasak.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo, Mike Xu berkata, model Y35 menyediakan akses kepada pengguna telefon pintar masa kini dengan nilai wang yang sangat berbaloi.

vivo

“Pengenalan peranti terbaharu dalam siri vivo Y membolehkan kami mentakrifkan semula status quo dengan menggabungkan elemen gaya hidup penuh keriangan bersama ciri terbaik dalam kelas tersendiri.

“Demi mengutamakan pengalaman pengguna yang menyeronokkan dan spesifikasi mengagumkan, anda boleh menyebut ‘That’s Y, Memberikan Keseronokan Berganda,” katanya.

vivo

Tampil dengan peningkatan storan dalaman Read Only Memory (ROM) 256GB dan tambahan Random Access Memory (RAM) 8GB + 8GB, kelebihan tersebut menjadikan peranti mampu milik itu yang pertama dengan ciri RAM terbesar berbanding pesaingnya.

Berikut perincian lain Vivo Y35:

i) Kapasiti bateri 5000mAh dan 44W FlashCharge.

vivo

ii) Kelebihan kalis air IPX4 dan kalis debu IP5X.

iii) Reka bentuk lengkungan 2.5D dan bucu bulat simetri selain permukaan skrin antisilau, anticalar dan cap jari.

Baca juga Vivo paling top dalam carta Counterpoint untuk pasaran China, ini antara sebab jenama itu semakin dicari-cari

iv) Kekunci skrin mudah diakses dengan pengimbas cap jari yang disepadukan butang kuasa pada sisi peranti.

vivo

vivo

v) Cip pemproses Snapdragon® 680 menawarkan kelajuan maksimum hingga 2.4GHz untuk prestasi lebih cekap dan menjimatkan kuasa.

vi) Tiga pilihan kamera pintar dengan teknologi pencerahan Al dan Mode Malam Super.

Baca juga Gambar persis jurukamera profesional, Vivo Siri X60 lebih canggih dan bergaya

Tawaran harga bermula RM1,099 dengan pilihan dua rona iaitu Agate Black dan Dawn Gold.

vivo

vivo

Pembelian boleh dibuat di kedai e-rasmi Vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Apa yang mencuri tumpuan ramai, kempen jualan Vivo X Shopee VSama Merdeka yang berlangsung hingga 4 September ini membawakan sesuatu menarik buat kaki gajet.

Baca juga Vivo V20, V20 Pro dilengkapi teknologi Eye Autofocus, jadikan rakaman foto lebih cantik dan tajam

Peraduan pusing dan menang menawarkan ganjaran bernilai RM300,000 yang mana hadiah utama merupakan percutian di Semporna, Sabah.

vivo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan