LAGI wow dan mengujakan! Lazada X POCO Super Brand Day menawarkan promosi lebih berbaloi buat peminat jenama terkemuka itu hanya untuk hari ini sahaja.

Sempena kempen jualan POCO Brand Day, label keluaran China tersebut menampilkan telefon pintar terbaharu, POCO C40 pada harga bermula RM449 untuk 3GB + 32GB hingga RM549 (4GB + 64GB).

Apa yang menarik mengenai POCO C40? Berikut perinciannya:

POCO

i) Hadir dengan ciri pengesan cap jari belakang dan 13MP dwikamera.

ii) Dilengkapi cip octa-core processor berkuasa tinggi menjadikan penggunaan lebih lancar.

iii) Jangka hayat lebih lama dengan kapasiti bateri 6,000mAh.

iv) Paparan skrin HD seluas 6.71 ultra lebar dengan waranti setahun.

POCO

Selain itu, POCO M4 5G turut ditawarkan pada dua nilai hebat iaitu RM649 untuk 4GB + 64GB dan RM799 (6GB + 128GB).

Bukan sahaja memiliki MediaTek Dimensity 700 processor yang dipacukan kuasa 7nm 5G, peranti tersebut juga diperkemas dengan 90Hz FHD+ dan paparan Corning Gorilla Glass.

Lagi syok buat mereka yang suka berswafoto, ciri dwikamera 13MP AI pasti cukup membuatkan gambar bertambah cantik dan jelas.

POCO

Jadi, buat kalian yang sedang mencari telefon baharu, apa kata jangan lepaskan peluang untuk merebut potongan harga lebih RM400 dan tambahan baucar RM80.

Tidak hanya dua fitur baharu ditawarkan pada harga menguntungkan, terdapat pilihan lain yang boleh kalian usha jika kena dengan bajet.

POCO

Antara model mencuri perhatian seperti POCO X4 yang ditawarkan pada harga serendah RM999 (6GB + 128GB) dan RM1,199 (8GB + 256 GB).

Iklan

Potongan hingga RM100 untuk pembelian POCO X4 Pro 5G dan POCO X4 yang mana pakej semuanya hanya bawah RM1,600 sahaja.

Baca juga POCO M3 telefon pintar khusus untuk kaki game

POCO

Tak lupa, POCO Watch juga menjadi tumpuan ramai kerana ditawarkan pada kadar RM249 berbanding harga asal RM299.

Ingat ya semua promosi istimewa tersebut hanya berlangsung untuk hari ini sahaja. Jadi, cepat-cepat isi troli online kalian sementara stok masih ada.

Baca juga POCO M3 lebih canggih, sesuai buat jiwa orang muda dan kaki game

Iklan

POCO

Bukan apa, kalau terdapat pilihan lebih baik pada harga menguntungkan, tiada salahnya untuk kita pertimbangkan.

Lagi best, tawaran fitur baharu yang diberikan memang bajet bawah RM1,000.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan