EDARAN TAN CHONG MOTOR (ETCM) baru-baru ini mengumumkan pelancaran Nissan Serena S-HYBRID Serba Baharu 2022 dengan gaya lebih premium.

Nissan Serena S-Hybrid Highway Star dan Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star bakal memberi saingan baharu buat pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid tempatan menjelang Julai nanti.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, jentera berkualiti tinggi yang ditambah baik dari segi keselamatan itu bakal memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna.

nissan serena

“Varian Serena S-HYBRID ialah model hibrid pertama yang dipasang di Malaysia dan masih merupakan satu-satunya MPV hibrid pemasangan tempatan.

“Teknologi yang diperbaharui dengan enjin CVTC Berkembar 2.0 liter mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api,” kata jenama tersebut.

nissan serena

Berikut spesifikasi lain Serena S-HYBRID Serba Baharu 2022:

i) Didatangkan dengan ciri dwipintu belakang, dwikuasa bebas tangan pada pintu gelangsar.
ii) Memiliki tujuh port USB selain ruang yang luas untuk tempat duduk dengan ciri konfigurasi.

Baca juga Lebih eksklusif, pilihan rona dinamik terbaharu untuk Nissan X-Trail dan Serena 2.0L S-Hybrid memang wow

nissan serenaiii) Tempat duduk baris kedua dilengkapi ciri kerusi sifar graviti yang selesa kerana diperbuat daripada kulit Nappa.
iv) Ciri teknologi keselamatan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang lebih keterhadapan.
v) Lima ciri pintar baharu ditambah baik demi meningkatkan mod keselamatan aktif.

Baca juga Mengancam! 2 rona baharu untuk model Nissan terkini diperkenalkan sempena Tahun Baru Cina

nissan serena

Selain itu, kenderaan itu turut memiliki ciri-ciri yang diperlukan oleh sesebuah kenderaan.

Antaranya:
a) Amaran perlanggaran hadapan ramalan pintar.
b) Brek perlanggaran ke hadapan pintar.

nissan serenac) Amaran makluman lalu lintas rentas belakang.
d) Amaran titik buta.
e) Kamera pemantau 360.

Iklan

Baca juga Reka bentuk Almera Turbo Serba Baharu lebih sporty, canggih

nissan serena

Harga yang ditawarkan untuk Nissan Serena S-Hybrid Highway Star bermula RM150,000, manakala Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star bermula RM165,000.

ETCM juga menggalakkan pelanggannya membuat tempahan awal dengan membayar hanya RM1,000 selain menikmati pelbagai faedah yang diberikan.

nissan serena

Iklan

Selain lima tahun servis penyelenggaraan percuma termasuk alat ganti dan upah, waranti ditawarkan hingga lima tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI