PELANCARAN model baharu, Benelli Panarea 125 pada harga permulaan RM6,888 baru-baru ini bakal memeriahkan lagi segmen skuter di negara ini.

MForce Bike Holdings yang merupakan pengedar rasmi untuk jenama Benelli di Malaysia dalam satu kenyataan menyebut, desain skuter tersebut lebih menarik dengan gabungan gaya neoklasik dan moden.

“Selain dilengkapi dengan enjin satu silinder empat lejang 124CC, varian itu turut mempunyai suntikan bahan api elektrik yang mampu menghasilkan pecutan kuasa hingga 8.44 kuasa kuda.

“Jentera ini juga dipadankan dengan transmisi automatik menggunakan tali sawat,” katanya.

Benelli Panarea 125

Berikut perincian lain Benelli Panarea 125:

  • Paparan skrin utama gabungan jenis analog dan LCD pada bahagian hadapan.
  • Dilengkapi lampu LED penuh pada bahagian depan dan belakang, selain sistem kunci magnet antikecurian.
  • Fungsi brek dengan unit cakera 190 milimeter (mm) pada bahagian hadapan dan belakang dengan angkup dwiomboh.

Baca juga OLA Electric Car sahkan keluaran kereta elektrik pertama, selain siri skuter terbaharu

Benelli Panarea 125

  • Ruang simpanan berkapasiti 12 liter (l) di bawah tempat duduk.
  • Tangki bahan api 4.6l dan lampu kecemasan serta tinggi 760mm.
  • Pilihan empat pilihan rona hitam, kuning, merah dan putih.

Baca juga Hanya ditawarkan harga bawah RM10,000, kenapa Yamaha NMax ini perlu ada dalam senarai skuter impian? Ini fakta kaki motor perlu tahu

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.benelli.my/.

Benelli Panarea 125

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi