TEKNOLOGI robotik yang semakin canggih sejak kebelakangan ini telah memudahkan urusan semua pihak termasuklah mereka yang mempunyai anak autisme.

Terbaharu, sebuah syarikat Movia Robotics dari Amerika Syarikat memperkenalkan sebuah robot yang dikenali sebagai Movia yang dicipta khusus untuk menjadi peneman buat golongan istimewa itu.

Umpama seperti seorang manusia, mesin automatik menyerupai manusia tersebut dikatakan berupaya untuk senyum, mata berkedip, waima lengannya mampu bergerak secara ekspresif.

Lapor Liputan6 yang memetik disabilityscoop.com menyebut, syarikat pengeluar robotik berkenaan sudah memprogramkan 350 buah mesin sejak tahun 2010.

robot autisme

Kebanyakan fitur ditempatkan di kawasan Federal Hill Bristol, selain dijual di sekolah, hospital dan pemilikan secara peribadi.

Presiden Movia Robotics, Timothy Gifford berkata, ciri pengaturcaraan yang dititikberatkan menjadikan robot yang dicipta bertindak balas dan pandai menunjukkan ekspresi.

“Selain berupaya membuat gerakan isyarat balas dan berinteraksi dengan anak muda, robot tersebut juga menjadi alat bantu oleh guru atau ahli terapi.

robot autisme

“Pun demikian, cabarannya adalah untuk mereka bentuk robot yang mampu bertindak balas untuk membantu kanak-kanak selain kekal dengan tugasan yang diprogramkan,” katanya.

Gifford yang juga bekas penyelidik robotik sosial di Universiti Connecticut, Amerika Syarikat berkata, beliau mempunyai pengalaman dalam psikologi, sains komputer, kejuruteraan perisian, realiti maya dan membina watak animasi.

Baca juga Empat robot ‘dilantik’ berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Ini tugas-tugas yang BellaBot perlu lakukan

Justeru katanya, latar belakang yang luas dan berbeza adalah kunci untuk mereka bentuk robotik yang mampu berinteraksi dengan kanak-kanak autisme.

robot autisme

“Meskipun robot sudah digunakan sebagai alat bantu di dalam bilik darjah, namun fokus utama adalah keperluan robot tersebut untuk bekerja dengan kanak-kanak autisme,” katanya.

Tinjauan kajian robot interaktif lain mendedahkan, penglibatan robot dengan individu yang mengalami masalah autisme boleh meningkatkan pemahaman mereka terhadap objek.

Kanak-kanak autisme dikatakan lebih responsif terhadap komen menggunakan teknologi dan berminat dengan rawatan apabila melibatkan komponen elektronik atau robotik.

robot autisme

Mengulas lanjut Gifford berkata, anak muda yang mempunyai hubungan dengan robot dilihat sebagai ‘entiti sosial’.

“Mereka mampu membuat hubungan mata, berlatih mengangkat tangan, memadankan warga dan bentuk selain bertindak balas dengan pergerakan.

“Justeru, robot menjadi alat bantu yang boleh dipercayai, mudah diramal dan bergantung harap,” katanya.

Iklan

Baca juga Elak virus Covid-19 terus menular, robot penghantar piza comel ambil alih tugas manusia

robot autisme

Movia Robotics yang direkodkan sudah menjual lima model pada harga kira-kira RM9,481 setiap satu dan tersedia dengan ciri tambah nilai.

Sementara itu, menurut kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mendedahkan, kira-kira 17 peratus iaitu satu daripada enam kanak-kanak berumur 3 hingga 17 tahun didiagnosis dengan kecacatan perkembangan.

Tempoh kajian yang dijalankan pada tahun 2009 hingga 2017 itu meliputi masalah kesihatan seperti gangguan spektrum autisme, hiperaktif, buta dan cerebral palsy.

Baca juga [VIDEO] Robot ‘cute’ hantar bola, kutip lembing di Olimpik Tokyo 2020

robot autisme

Iklan

Melihat situasi tersebut, pasaran robotik yang dicipta khas untuk bekerja dengan kanak-kanak kurang upaya semakin meluas.

Ini kerana dalam satu penyelidikan berkaitan menunjukkan, robot mampu memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran sosial yang positif.

Sebagai contoh, LuxAI yang beroperasi di Luxembourg, Eropah Barat telah menghasilkan robot sosial jenis humanoid yang diprogramkan untuk sektor pendidikan dan keperluan khas.

robot autisme

Di Malaysia, robot yang dikhususkan untuk membantu anak autisme belum kedengaran lagi. Kalau ada, ia memang bagus untuk perkembangan golongan itu, bukan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi