APLIKASI Muslim Pro baru-baru ini memperkenalkan perkhidmatan langganan video tanpa iklan yang disediakan di platform Qalbox.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din berkata, Qalbox juga mempunyai keupayaan penstriman berbilang dan perkhidmatan dua dalam satu yang membolehkan pengguna mengakses ciri-ciri aplikasi Muslim Pro.

Bagi meraikan konten menarik Asia Tenggara, Qalbox bekerjasama dengan Astro dan Pixel Play.

Muslim Pro

Kolaboratif itu akan menyaksikan paparan filem Malaysia dan Indonesia seperti Kau Ada (2021), Aku Bunga (2020), Cinta Paling Agung (2015) dan banyak lagi.

Aplikasi berkenaan kini boleh dimuat naik menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Iklan

Baca juga Aplikasi Muslim Pro bukan sekadar papar waktu solat, pengguna boleh akses rutin senaman, resipi. Menarik kan?

Muslim Pro

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi