JENAMA kenderaan popular, Toyota bakal mengumumkan pelancaran kereta hibrid elektrik pertama, Toyota Corolla Cross Hibrid untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Varian baharu yang dipasang di Malaysia kini dalam peringkat praproduksi di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) iaitu kilang pemasangan UMW Toyota Motor di Bukit Raja, Selangor.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, sambutan orang ramai terhadap kenderaan baharu tersebut cukup memberangsangkan, ditambah jumlah pengguna yang beralih ke Teknologi Kenderaan Hibrid Elektrik semakin meningkat.

Toyota Corolla Cross Hibrid

Iklan

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

“Ramai teruja selepas tempahan untuk Corolla Cross Hybrid dibuka. Pun begitu, saya meminta agar semua dapat bersabar.

Iklan

"Terdapat banyak proses penelitian kualiti dalam semua aspek yang perlu dilaksanakan ASSB bagi menjamin kereta yang diserahkan nanti memiliki piawaian tertinggi," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Harga yang ditawarkan untuk Toyota Corolla Cross Hibrid dijangka bermula RM137,000 (tidak termasuk insurans) dengan waranti kilang selama lima tahun atau tanpa had perjalanan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Di samping itu, jaminan lapan tahun atau tanpa had perjalanan untuk bateri, converter dan unit kawalan pengurusan kuasa turut ditawarkan. Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti untuk tempoh dua tahun lagi.