PENGELUAR jentera ringan roda dua berkuasa elektrik di India, OLA Electric Car (OLA) baru-baru ini mengesahkan akan melancarkan model kereta pertama yang dijangka memasuki pasaran negara itu menjelang tahun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama OLA, Bhavish Aggarwal berkata, fitur baharu yang dipacu dengan kuasa elektrik (EV) tersebut berupaya bergerak sejauh 500 kilometer (km) sekali cas.

“Model pertama yang mencipta rekod pecutan 100km dalam tempoh 4 saat berkenaan juga akan membawakan revolusi terhadap segmen EV di India, malah pihak kami turut menyasarkan satu juta jentera elektrik pada masa akan datang,” katanya ketika mengumumkan berita itu menerusi ucapannya bertajuk Misi Elektrik 2022 yang disiarkan melalui portal rasmi OLA.

OLA

Pada masa sama, OLA yang juga pengeluar skuter elektrik itu turut memperkenalkan varian terbaharu, siri S1 dan S1 Pro yang hadir dengan kapasiti bateri lebih tahan lama.

Berikut perincian lanjut siri S1:

i) Mampu memecut hingga 95 km perjam.

ii) Pilihan mod ekonomi, normal dan sport.

OLA

iii) Anggaran lima jam tempoh pengecasan.

iv) Kapasiti bateri 8.5 kiloWatt (kW).

v) Harga ditawarkan bermula RM5,625.05

Baca juga Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Team terbaharu memang mengancam!

OLA

Berikut perincian lanjut siri S1 Pro:

i) Pecutan direkodkan maksimum 116 km perjam.

ii) Mempunyai pilihan mod ekonomi, normal, sport dan hyper.

iii) Anggaran enam jam 30 minit tempoh pengecasan.

iv) Kapasiti bateri 8.5kW.

v) Harga ditawarkan bermula RM7,875.10.

OLA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan