OPPO baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar boleh lipat (foldable) generasi kedua terbaharu, OPPO Find N2 dengan reka bentuk lebih eksklusif.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, pengenalan model berkenaan menyaksikan pengembangan inovasi siri Find N dari segi teknologi, kualiti dan potensi yang lebih baik.

“Teknologi engsel yang ditambah baik membolehkan OPPO Find N2 mempunyai lipatan 67 peratus lebih sempit pada skrin utama sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna.

“Ciri lipatan itu juga membolehkan paparan pada skrin menjadi lebih lebar. Ini kerana kejuruteraan OPPO mementingkan desain engsel fleksi untuk bentuk yang lebih nipis, tetapi dengan mekanisme lebih mantap,” katanya.

OPPO FIND N2

Meskipun diperbuat daripada bahan premium seperti gentian karbon dan aloi berkualiti tinggi, peranti tersebut hanya memiliki berat 42 gram lebih ringan berbanding model terdahulu.

Baca juga OPPO Band 2 jam pintar yang pantau kesihatan, sokong 100 mod senaman, sesuai untuk pemain tenis

Berikut spesifikasi lain mengenai OPPO Find N2:

i) Teknologi oksida polihabluran suhu rendah menjadikan paparan AMOLED mampu mencapai tahap hingga 120Hz kadar segar semula.
ii) Lapisan filem antipantulan baharu menambah baik paparan skrin peranti.

OPPO FIND N2
iii) Reka bentuk pada bahagian belakang yang melengkung menonjolkan tiga sistem kamera yang berkuasa.
iv) Kamera belakang 50MP dibina dengan penderia Sony IMX890, lengkap dengan ciri pemfokusan pintar.

OPPO FIND N2
v) Ciri MariSilicon X membawa kuasa pengkomputeran kecerdasan buatan (AI) super cekap yang menjadi bidikan lebih profesional.

Baca juga OPPO pacu ciptaan 3 inovasi lebih keterhadapan, terokai dunia AI seiring kehendak pasaran

Iklan

vi) Pengalaman fotografi dan video lebih sempurna dengan ciri pengurangan bunyi AI, video 4K Ultra HDR yang dibangunkan dengan kerjasama Hasselblad.

OPPO FIND N2vii) Gabungan Snapdragon 8+ Gen 1 dan ColorOS 13. Kapasiti bateri 4520mAh.

Pilihan tiga rona dinamik iaitu hijau, hitam klasik dan putih. Harga bermula RM5,082 dan RM5,717 bergantung kepada kapasiti storan.

Iklan

OPPO FIND N2

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.oppo.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi