SEMPENA Mobile World Congress (MWC) 2022 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini, OPPO tidak ketinggalan memperkenalkan peranti CPE terbaharu, OPPO 5G CPE T2.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu berkenaan menawarkan sambungan 5G lebih bertenaga dan serba boleh.

“Pengenalan OPPO 5G CPE T2 tepat pada masanya ketika negara sedang mula merancakkan penggunaan 5G,” kata jenama itu.

OPPO

Pada masa sama, OPPO turut menampilkan inovasi kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sendiri, CybeReal yang berfungsi mengekstrak imej dalam telefon pintar dengan lebih bijak.

Baca juga OPPO perkenalkan telefon pintar boleh lipat pertama, ini spesifikasi canggih yang perlu ambil tahu

Perisian hebat berkenaan mampu mengimbas 12,000 imej dalam tempoh satu jam.

OPPO

Seiring komitmen sebagai peneraju peranti pintar global, jenama berkenaan juga berusaha meneroka dunia AI dari segi perkakasan, perisian dan perkhidmatan yang boleh diakses semua industri.

Baca juga Jangan lepaskan Limited Time Raya Deal Shopee, OPPO A76 dan vakum tanpa wayar Dibea ditawarkan RM25!

Selain itu, OPPO terus memacu penciptaan inovasi lebih keterhadapan dengan memperkenalkan pengecas kilat SuperVOOC 15W terbaharu.

Iklan

OPPO

Fitur baharu tersebut dikatakan boleh mengecas bateri 4,500mAh hingga 50 peratus dalam masa lima minit, manakala pengecasan penuh hanya 15 minit sahaja.

Baca juga Gaya foto profesional dengan Reno7 Z 5G, OPPO tampilkan ciri eksklusif telefon pintar terbaharu

Iklan

Pengenalan inovasi luar biasa itu terus mendorong OPPO untuk menyediakan penyelesaian termaju untuk pengecasan pantas dan selamat.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI