INSTA360 OneRS tersenarai sebagai kamera aksi terbaik yang mampu merakam video dengan lebih cekap.

Ciri terbaharu, Bullet Time yang diperkenalkan juga akan menjadikan rakaman bertambah menarik, selain paparan ultra stabil dengan ciri 360 darjah Horizon Lock.

Jenama itu dalam laman webnya menyatakan, peranti seberat 125.3 hingga 163 gram tersebut memiliki ketahanan kalis air hingga kedalaman 16 kaki.

“Reka bentuk modular yang menawarkan ciri 4K Boost Lens menjadikan ia lebih tahan lasak. Sensor imej untuk rakaman 48MP foto pula akan membuatkan gambar lebih jelas.

INSTA360 OneRS

“Selain itu, mod 6K Widescreen menjadikan video pengguna lebih cantik dengan ratio 2.35:1. Dengan kejuruteraan dalaman bersama Leica, kanta sudut lebar akan memberikan butiran tepat seolah-olah warna tetap hidup walau dalam cahaya malap,” kata jenama tersebut.

Baca juga Hebat! Vivo Siri X60 lebih canggih dengan teknologi ZEISS, gambar persis jurukamera profesional

Bagi menambah keindahan rakaman video, lensa INSTA 360 juga menjadikan tongkat swafoto hilang (halimunan), sekali gus memberi kesan lebih dramatik seperti rakaman dron.

INSTA360 OneRS

Iklan

Tempoh rakaman pula mampu mencapai hingga 84 minit dengan kapasiti bateri 1445mAh.

Baca juga OPPO Reno8 T tampil dengan desain melengkung, miliki teknologi kamera potret 108MP buat pertama kali

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

INSTA360 OneRS

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.