PERODUA akan memulakan kajian kenderaan elektrik pertamanya dan mobiliti jangka panjang, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.

Ujar Zainal Abidin, penyelidikan itu akan melibatkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid.

“Kajian terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Kedua, memahami penerimaan para pengguna terhadap perkhidmatan langganan lima tahun yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah EZ MOBi,” katanya.

Perodua Ativa

Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Perodua Ativa Hybrid ialah kenderaan terbaik untuk pihaknya mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal.

Baca juga 5,000 tempahan untuk Ativa Baharu, model Perodua Smart Build lebih epik dan canggih

“Data tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti keperluan para pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik,“ katanya.

Iklan

Untuk rekod, Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem hibrid bersiri yang set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan, manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri.

Perodua Ativa

Model berkenaan menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa tersebut.

Iklan

Dengan teknologi itu, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi