PERODUA mencatatkan peningkatan pendaftaran kenderaan sebanyak 42 peratus pada Ogos lalu kepada 26,039 unit berbanding 18,346 unit (pada Julai) ekoran bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan lagi angka berkenaan demi mengurangkan masa menunggu pelanggan.

“Perodua juga mencapai tahap pengeluaran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah ini membolehkan jenama ini meningkatkan pendaftaran model-modelnya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

perodua

Ujar Zainal Abidin, Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.

“Perodua Alza Baharu yang dilancarkan pada 20 Julai lalu telah menerima 51,000 tempahan setakat ini,” ujarnya.

Myvi, Axia, Bezza – 3 kenderaan Perodua yang terlaris di Malaysia

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua pada Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal. Pun demikian, isu-isu yang dinyatakan itu telah dapat diatasi.

perodua

Perodua juga kata beliau, sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah.

“Justeru, kami dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos tersebut,” katanya.

Baca juga Baru dilancar ribuan sudah ditempah, 10 info mengenai Perodua Myvi 2022

Dalam pada itu, berdasarkan statitik dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini, jualan Perodua melonjak sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada tempoh masa sama tahun lalu. Perodua Myvi mendahului carta dengan 48,658 unit telah didaftarkan diikuti Bezza (39,642 unit) dan Axia (37,013 unit).

perodua

Situasi itu didorong oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan