COMEL tetapi berkuasa. Itu kesimpulan para pengguna terhadap Polaroid Go terbaharu yang tampil lebih mengujakan dengan ciri-ciri yang lebih mantap.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, kamera segera jenis analog terbaharu itu bukan sahaja boleh dimuatkan di dalam poket, malah gajet minimalis berkenaan lengkap dengan mesin cetakan kendiri dan cermin swafoto.

Polaroid Go itu juga boleh dicas semula, sekali gus menjadikan ia salah satu peranti yang mempunyai kos lebih efektif dan berbaloi.

Polaroid Go comel

Berikut spesifikasi lain Polaroid Go:

i) Mampu merakam 15 foto dengan saiz cetakan 3.5 x 2.1 inci.
ii) Dilengkapi bateri litium-ion bersepadu yang boleh dicas kembali melalui port USB.

Polaroid Go comeliii) Memiliki mod pemasa kendiri, ciri penggantian kilat secara manual dan pendedahan berganda untuk suntingan gambar.

Baca juga Lihat dunia dengan cara paling luas, DJI Mini 3 Pro, dron kamera mudah alih dengan ciri AI

Pada masa sama, jenama terkemuka Amerika Syarikat itu turut melancarkan Polaroid Now untuk pelanggan yang gemarkan gaya retro.

Polaroid Go comel

Tidak hanya memiliki lima penapis kanta auto fokus, ciri suntingan gambar tambahan pada aplikasi mudah alih itu membolehkan peranti seberat 434 gram tersebut menyerlahkan lagi kreativiti pengguna tanpa had.

Baca juga Hebat! Vivo Siri X60 lebih canggih dengan teknologi ZEISS, gambar persis jurukamera profesional

Dikatakan lebih baik berbanding model terdahulu, Polaroid Now mampu menghasilkan gambar yang cantik dan penuh perincian sekelip mata.

Polaroid Go comel

Polaroid Go dijual pada harga bermula RM549, manakala Polaroid Now (RM686).
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.polaroid.com/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi