MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini memperkenalkan program lanjutan jaminan baharu (EW) untuk enam model terpilih.

Antaranya ialah Kriss 110, Karisma 125s, Elegan 250, Pulsar RS200, Pulsar NS200 dan Dominar D400 untuk kempen tersebut.

Program berkenaan antara lain merupakan pilihan jaminan pihak ketiga yang ditawarkan rakan kongsi insurans MODENAS, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Partners Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, dengan pengenalan EW, ia akan melindungi motosikal daripada kos baik pulih yang tinggi akibat kerosakan mekanikal dan elektrikal.

“Lanjutan jaminan yang ditawarkan juga bertujuan untuk memastikan produk dilindungi walaupun telah bertukar kepada pemilik baharu,” katanya sambil menambah, kempen tersebut meliputi waranti tambahan dua tahun atau jarak 60,000 kilometer (km) untuk model yang dijual dan didaftarkan bermula 1 September lalu.

Modenas

Baca juga Reka bentuk grafik lebih segar, MODENAS Pulsar NS200 buat ramai teruja untuk beralih ke segmen motosikal lebih besar

Berikut antara butiran program EW:

Iklan

i) Servis perkhidmatan tunda 24 jam dan 365 hari ke pusat servis sah MODENAS dalam radius 100 km.
ii) Pindah milik sepenuhnya atas jualan semula motosikal.
iii) Menawarkan nilai jualan semula yang lebih baik untuk motosikal.
iv) Lebih 30,000 alat ganti MODENAS tulen dengan waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun.

Baca juga Modenas Elegan 250 versi ABS baharu lebih moden, canggih

Modenas

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan