GABUNGAN unik peti sejuk modular baharu, Samsung Bespoke yang diperkenalkan Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini bakal memberikan pilihan terbaik buat pengguna.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han berkata, inovasi terbaharu itu boleh diubah suai mengikut keperluan estetik individu sebagai elemen utama rangkaian perkakas rumah di Malaysia.

"Pelanggan boleh mengubah suai modul peti sejuk sebagai lambang gaya hidup yang sentiasa berubah, malah kami percaya fitur baharu ini akan diterima baik rakyat di Malaysia,” katanya.

Menariknya, ciri modular memberikan lebih kawalan kepada pengguna untuk mereka cipta ruang peti sejuk ideal dengan pilihan 1-Door Flex atau Bottom Mount Freezer.

samsung bespoke

Malah, pengguna boleh menggabungkan kedua desain tersebut dengan susun atur yang sesuai dengan reka bentuk kabinet dapur rumah masing-masing.

Selain didatangkan dengan lebih 20 pilihan warna dengan tujuh kemasan khas, orang ramai juga boleh memilih model panel tetap untuk Peti Sejuk Bottom Mount Freezer dengan seleksi rona dinamik.

Baca juga EB guna teknologi canggih hasilkan produk sejuk beku tahan lama

Berikut perincian tambahan peti sejuk Samsung Bespoke:

Iklan

i) Fungsi Power Cool dan  memberikan hembusan udara sejuk atau beku dengan pantas dengan satu sentuhan butang.

ii) Ciri All-Around Cooling yang memastikan makanan disimpan pada suhu optimum dan kekal segar lebih lama.

samsung bespoke

iii) Plat Metal Cooling di dinding belakang menghalang kehilangan udara sejuk apabila pintu dibuka dan memulihkan sebarang kehilangan haba dengan cepat.

iv) Teknologi No Frost meningkatkan peredaran udara untuk mengekalkan suhu malar di setiap sudut peti sejuk.

Iklan

Baca juga Samsung Galaxy A12 hanya RM25 saja, banyak lagi promosi gila-gila sempena OCT25 Payday Sale 11.11 Big Sale

v) Panel paparan tersembunyi meningkatkan reka bentuk minimalis.

vi) Pemampat Digital Inverter Samsung memastikan kecekapan tenaga dan ketahanan yang lebih tinggi.

samsung bespoke

vii) Penjimatan kuasa elektrik sebanyak 50 peratus dan jaminan waranti selama 10 tahun.
Harga ditawarkan bermula RM4,999 hingga RM5,099.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/refrigerators/bespoke-refrigerator/.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI