PENGELUAR permainan bongkah terkemuka dunia, LEGO mengambil langkah lebih keterhadapan dengan memperkenalkan set LEGO Technic.

Dengan pengenalan pakej menarik dengan fungsi kejuruteraan yang dipertingkatkan bersama kawalan aplikasi percuma, Control+, inovasi baharu itu diyakini dapat menambah lagi keterujaan si cilik.

Menurut LEGO, set LEGO Technic yang dilengkapi dengan kotak gear, roda dan gandar itu membolehkan kanak-kanak meningkatkan lagi daya kreativiti mereka terutama yang berumur seawal enam tahun.

LEGO

“Ciri baharu kawalan jauh LEGO Technic menambahkan lagi elemen inovatif seperti pergerakan dan bunyi, sekali gus menjadikan suasana permainan lebih berinteraktif dan berdaya saing,” kata jenama tersebut.

Antara set LEGO yang diperkenalkan adalah seperti Ferrari Daytona SP3, Airbus H175 Rescue Helicopter, Bugatti Chiron dan Lamborghini Sian FKP 37.

Baca juga Set kotak Bygglek keluaran IKEA jadi buruan peminat Lego, jadi jangan lepaskan peluang

LEGO

Pun begitu, pilihan pakej dengan kawalan Control+ lebih kepada App-Controlled Cat D11 Bulldozer dan App-Controlled Transformation Vehicle.

Harga bermula RM649 hingga RM1,999.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lego.com. Pembelian juga boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

LEGO

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan