LEBIH bersih, sihat dan bebas alergen. Itu antara ciri baharu yang diperkenalkan untuk siri pembersih udara pintar Xiaomi yang diumumkan baru-baru ini.

Model baharu tersebut didatangkan dengan tiga varian iaitu Xiaomi Smart Air Purifier 4, Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro dan Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite.

Xiaomi dalam satu kenyataan menyebut, bagi meraikan kejayaan lebih 16 juta penghantaran seluruh dunia, Xiaomi meningkatkan kepercayaan pengguna dengan ciri yang lebih canggih.

pembersih udara pintar xiaomi

“Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro menampilkan sistem penapisan 3 dalam 1 yang menggabungkan cas elektrostatik dan teknologi penapisan mekanikal untuk memerangkap 99.97 peratus bahan pencemar udara, meskipun sekecil 0.3 mikron.

“Sama ada bulu haiwan peliharaan, gentian kapas atau bahan pencemar lain, Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro akan melindungi anda,” kongsi kenyataan tersebut.

Baca juga Xiaomi lancar siri Mi 10T, trio terbaik lengkap dengan spesifikasi canggih

Bagi memastikan kecekapan penapisan berada pada tahap maksimum, peranti berkenaan berupaya meningkatkan sensor PM2.5 dan PM10 untuk mengesan pelbagai saiz zarah lebih tepat.

pembersih udara pintar xiaomi

Berikut perincian lain mengenai Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro:

  • Paparan sentuhan OLED membolehkan paparan AQI, suhu dan statistik dengan tetapan mudah.
  • Aplikasi Xiaomi Home membantu kawalan peranti dari jauh.
  • Kawalan Perintah suara juga disokong dengan Google Assistant dan Amazon Alexa5.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Untuk maklumat lanjut, layari https://blog.mi.com/en/.