HONG Leong Yamaha Motor baru-baru ini memperkenalkan model skuter segmen automatik generasi baharu, Yamaha NMax yang lebih elegan untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.

Yamaha NMax dilihat memuaskan hati para peminatnaya apabila reka bentuknya memenuhi cita rasa ditambah dengan ciri-ciri canggih yang dipertingkatkan.

Jentera itu juga dijangka mampu menarik perhatian ramai ekoran harganya hanya mencecah RM8,998 (tanpa insurans dan cukai pendaftaran).

yamaha NMax

Selain didatangkan dengan enam lampu LED di bahagian hadapan yang memberikan pencahayaan terbaik dan lebih luas, model berdaya saing itu turut memiliki lampu brek kecemasan tiga dimensi, demi menjamin ciri keselamatan berganda.

Skuter moden yang didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu kelabu dan merah matt berkenaan dilengkapi dengan panel meter LCD lebar dengan suis yang diselaraskan di sebelah kiri palang pemegang bagi memudahkan pengendalian.

yamaha NMax

Bukan itu sahaja, kriteria unik yang ada pada model generasi baharu tersebut adalah merujuk kepada sistem stop dan start yang dikatakan mampu menjimatkan bahan api kepada 7.1 liter berbanding model sebelum ini.

Seiring tagline, Lincah Mempesona, Yamaha NMax lebih praktikal dengan kapasiti enjin empat lejang 155cc SOHC di samping mempunyai teknologi penyejukan cecair Blue Core dan suntikan bahan api.

yamaha NMax

Iklan

Seperti yang diinginkan oleh kaki motor, mereka boleh mengecas telefon pintar mereka pada bila-bila masa kerana jentera hebat itu memiliki soket elektrik 12 voltan yang disediakan khas di bahagian kotak hadapan.

Sebagai nilai tambah, skuter automatik tersebut turut dilengkapi papan kaki yang lebih lebar untuk perjalanan yang lebih santai dan selesa, selain ruang storan berkapasiti 23.3 liter mampu membuatkan topi keledar bersaiz XL.

yamaha NMax

Iklan

Tidak cukup dengan itu, dua penyangkut helmet juga dipasang pada bahagian luar untuk memudahkan simpanan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.yamaha-motor.com.my/ dan dapatkan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 selagi stok masih ada.